Cerpen ini aku dah siarkan kat blog ZSM sebenarnya....tapi tak apalah...aku punya jugak kan..
***
Tuttt…tuttt
Deringan tanda satu pesanan ringkas masuk terpampang di skrin handphone. Latif mencapai handphone yang terletak di meja study.
1 Message Receive
Butang ‘read’ di tekan. Pesanan dibaca penuh minat.
- ‘Kau lelaki. Dapatkan kembali dia. Rampas kembali kekasih kau. Tak guna kau bersedih begini.’
Latif menekan ‘reply’
- ‘Aku tak mampu. Siapa aku untuk buat begitu’.
Teks balasan daripada SMS yang diterima tadi di hantar. Beberapa minit kemudian, satu lagi SMS di terima. Mereka berbalas SMS beberapa ketika.
- ‘Kau mampu!! Tunjukkan keberanian kau. Kau lelaki hebat’.
- ‘Bagaimana jika dia tidak kembali pada aku?’.
- ‘Bodoh!! Belum berjuang kau sudah mengalah. Kau hanya mahu lihat dia gembira disana sedangkan kau merana begini’?
- ‘Tidak!!!!! Aku tidak rela melihat kebahagiaan dia. Aku tidak dapat hidup tanpanya.’
- ‘Bagus….bagus. jadi kau kena bertindak sekarang. Dapatkan dia’.
- ‘Aku takut gagal’.
- ‘Jangan jadi dayus. Kau buat, kau akan dapat bersamanya’.
- ‘Bagaimana? Tolong tunjukkan cara.’
- ‘Kunci kebahgiaan ada di dalam bilik kau. Pergi. Gunakan ia. Kau tahu caranya. Bukan??? He he he’
Seminggu kemudian, apartment 316 di kerumuni ramai orang. Termasuk pihak polis dan forensik yang menjalankan tugas. Misteri bau busuk yang melanda blok Apartment Kemboja terungkai. Masing-masing yang berada di sana menutup hidung akibat tidak tahan dengan bau busuk. Kelihatan satu mayat yang reput berulat di tutupi plastik hitam. Misteri kematian penghuni apartment tersebut menjadi misteri. Tiada klu yang di temui melainkan sepucuk pistol, dua buah handphone dan sekeping keratan akhbar.
Hasil siasatan di dapati, kedua-dua handphone itu adalah milik mangsa, Latif bin Osman. Punca kematian adalah akibat tembakan di sisi belah kiri kepala.
Kandungan SMS di kedua-dua handphone menjadi tanya tanya pihak polis. Misteri kematian masih tidak dapat terungkai....
Ada sesiapa tahu??
He he he
- Lieyanna Esmeralda
- Lieyanna Esmeralda
ta phm ak cite ni @,@
ReplyDeleteini ada pasal split personality dan kekecewaan melampau bila kehilangan orang tersayang.....
ReplyDelete