Tuesday 27 December 2011

Bila Bulan Berwarna Biru #3

Titt titt

Isyarat menandakan satu SMS diterima. Enn mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja di hadapannya sambil matanya tidak lepas dari novel yang dibacanya. Pesanan dibuka.

‘Lokasi terkini?’

 Begitulah kandungan SMS yang dibacanya, dari Aiman. Jarinya laju membalas kembali SMS.

Taman. Ringkas saja dan segera dihantar.

‘ Cantek’.

Juga ringkas dari Aiman. Namun dia faham. Aiman sedang dalam perjalanan ke sini untuk bertemunya. Pembacaannya di sambung kembali.

***

Dari jauh Enn dapat melihat Aiman sedang berjalan menuju ke arahnya. Dibahunya tergalas set raket badminton. Dahinya berkerut apabila memandang satu beg kertas cantik di tangan Aiman.

“ Hoitt.” Sapa Aiman sejurus tiba di hadapan Enn.

“ Waalaikumussalam.” Balas Enn selamba. Aiman tergelak. Malu sendiri.

“ Err…Assalamualaiku Cik Enn.”

“ Kena perli baru reti nak bagi salam ye?”

“ Mintak sorry ye.” Aiman minta maaf.

“ Hmm…apahal nak jumpa aku ni?” tanya Enn.

“ Saja.” Balas Aiman ringkas.

“ Eh, beg apa tu? Cantik. Nak bagi buah hati ke? Hehe.” Tanya Enn sambil tersengih.

“ Buah hati apanya. Mana ada. Macam tak kenal aku pulak. Ni..err..untuk…”

“ Siapa? Dengan aku pun malu nak bagitahu?”

“ Untuk kau.” Aiman menghulurkan beg kertas itu kepada Enn.

“ Aku?” Enn pelik. Huluran beg kertas itu diambil berhati-hati. Takut Aiman mempermainkannya. Masih teringat kejadian 2 tahun lepas semasa mereka di Tahun 1 pengajian, Aiman mengusiknya dengan menghadiahkannya seekor ulat gonggok. Dia fobia!!

“ Ya, jangan risau aku tak letak ulat tu pun.” Terkekeh-kekeh Aiman ketawa bila meliat muka cuak Enn.

Lega mendengar kata-kata dari Aiman, Enn mengeluarkan isi yang terkandung di dalam beg tersebut. Sehelai selendang berwarna merah. Cantik. Hati Enn tersentuh.

Cantiklah Man. Thanks. Tapi untuk apa?”

“ Ermm..tadi aku pergi beli barang, kebetulan ternampak selendang ni. Aku rasa benda ni cantik. Jadi aku belilah sebab aku teringat esok harijadi kau kan?” Terang Aiman panjang lebar. Sambil tangannya mengaru-garu kepala. Tersengih.

“ Oh, ye? Ingat jugak kau ye harijadi aku.”

“ Hehehe mestilah ingat. Tapi aku harap kau tak kecil hati dengan hadiah aku kali ni.”

“ Maksud kau, sebab aku tak bertudung kan? Jangan risau. Aku faham dan aku tak kecil hati. Sebaliknya aku bersyukur dapat kawan yang sangat baik macam kau, Man.

“ Ok, lega aku dengar. Hehe dah tu, tunggu apa lagi. jom.”

“ Jom apa Man?”

“ Pergi nikah.”

“ Hah?”

“ Kau tak nampak ke apa yang aku bawa ni? Ini, raket badminton. Jadi mari kita lawan. Kau tu bawa-bawa la exercise sikit. Kang gemuk, aku jugak jadi mangsa tempat kau merungut.”

“ Ceh, gemuk sangat ke aku ni?” Enn tak puas hati.

“ Taklah, aku main-main je.”

“ Betul?”

“ Iya.”

***

“ Enn, esok kau ada kelas?” tanya Aiman sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Peluh yang menitik di dahi dikesat dengan tangan.

Ada.”

“ Pagi?”

“ Pukul 9 pagi. Kenapa?”

“ Jom pergi sama-sama.”

“ Hah, naik motor kau?”

“ Naik baslah makcik. Aduhaii….”

“Grrrr.”

“ Hahahaha.”


***
Esoknya


‘ aku tunggu di bustand.’

Begitulah pesanan yang diterima oleh Aiman. Aiman ketika itu, sedang sibuk memilih baju. Terasa hari itu dia cerewet mengalahkan perempuan.

Dengan hati berbunga-bunga, dia menapak ke bustand. Beg yang digalas, di betulkan supaya selesa. Sambil melangkah, dia menyanyi kecil. Hati riang.

Dari jauh, dia tidak Nampak kelibat Enn. Dia pelik. Sampainya di bustand, memang dia pasti, Enn tiada, melainkan seorang gadis yang dia tidak kenali membelakanginya. Telefon bimbit diseluk dari poket. Nombor Enn did ail. Seketika, dia terdengar bunyi ringtone milik Enn. Hatinya terdetik perasaan pelik.

Beberapa saat kemudian, Aiman terdengar suara Enn mengetertawakannya. Bila dia berpaling ke belakang, dia terpaku. Kelu.

Hai, Man.” Sapa Enn dengan segaris senyuman.

“ Eh, Enn…kau Nampak…lain….”

“ Memanglah lain. Hahaha.”

“ Alhamdulillah.” Hanya sepatah ucapan kesyukuran terlahir dari mulut Aiman. Terharu melihat Enn yang manis bertudung. Dan selendang yang dihadiahinya semalam melekap cantik di kepala Enn.

“ Ini hijrah aku sempena harijadi aku hari ini, Man.

“ Baguslah. Aku sokong kau. Hehe.”

“ Terima kasih untuk selendang kau ni. Aku buka tutorial di Youtube tau nak pakai ni.” Ujar Enn sambil ketawa. Aiman juga ikut ketawa.

Mata Aiman seakan terpaku memandang Enn dengan rupa yang baru. Hati yang selama ini memang berbunga-bunga bila bersama Enn, semakin lebat berbunga. Hatinya berdegup kencang.

“ Aku….” Belum sempat Enn menghabiskan kata-katanya, sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan mereka. Pintu sebelah pemandu terbuka dan…

“ Wow, you ke ni Enn?” Terdengar satu suara garau menegur.

“ Eh, you Syahir. I ingat you saja tanya I kat mana tadi. Tak sangka you datang.”

“ Surprise dear. But, I rasa, I yang tersuprise harini. Hai Man, lama tak jumpa kan?”

“ Err…hai. Ha’ah. Aku sibuk sejak kebelakangan ni.” Aiman cuba beramah. Namun terdetik perasaan cemburu dihatinya. Tapi dia sedar siapa dirinya.

“ Jom, I hantar you ke kelas.” Ajak Syahir. Enn serba salah kerana dia sudah berjanji dengan Aiman. Dia memandang wajah Aiman.

Aiman seakan mengerti, hanya tersenyum dan mengangguk. Mukanya diceriakan seceria mungkin supaya tidak ketara rasa kecewa. Manakala Enn mengikut Syahir, teman lelakinya dengan perasaan bersalah pada Aiman. Namun dia tiada pilihan.

“ Huh….”

Aiman mengeluh setelah kereta yang membawa Enn hilang dari pandangan. Dia menapak meninggalkan bustand, tanpa menaiki bas yang tiba beberapa minit setelah Enn pergi. Dan, sebenarnya, dia tiada kelas untuk hari itu. rancangan untuk ke kelas bersama Enn itu hanyalah helah. Aiman pulang dengan hampa dan sebaris rangkap lagu dari lagu kegemarannya dan Enn, ‘Bila Bulan Berwarna Biru’ dinyanyi perlahan.

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi
Ku sepi….


‘Tak apa, masih ada peluang.’ Pujuk hati Aiman.








Saturday 17 December 2011

Bila Bulan Berwarna Biru

“ Enn.”

“ Ya.”

“ Sudah tidur??”

“ Hampir.” Telefon bimbit dipegang kejap.

“ Oh..maaf aku ganggu.”

“ Tak apa. Aku sebenarnya tak boleh tidur.”

“ Oh…”

“ Kenapa Man?”

“ Aku bosan.” Jawab Aiman. Enn di hujung sebelah talian juga membisu.

“ Enn, kau bukak tingkap. Sekarang.” Pinta Aiman

“ Bukak tingkap? Kenapa?” Tanya Enn pelik. Namun, dituruti juga permintaan Aiman. Tingkap bilik dibuka. Angin sejuk terasa nyaman membelai tubuh. Enn kembali merebahkan diri di katil.

“ Hehe. Kita sama-sama tak boleh tidur. Mari, aku dodoikan kau.” Jawab Aiman. Ketawa. Enn juga ikut ketawa. Sangkanya Aiman bergurau.

“ Ok, aku mahu lagu Hindustan. Hehe..” Usik Enn.

“ Eh, aku tak tahu lagu Hindi. Lain..lain..”

“ Lagu ‘ Bila Bulan Berwarna Biru.”

“ Ok. Aku matikan talian sekarang. Dan kau, dengar aku dodoikan kau baik-baik.”

Talian telefon dimatikan tanpa sempat Enn berkata apa-apa. Sangkanya memang betul-betul Aiman bergurau. Tetapi sangkaannya meleset. Tak berapa lama, kedengaran alunan suara Aiman bersama petikan gitar singgah di telinganya. Enn bingkas bangun melangkah ke tepi tingkap. Kedudukan biliknya yang bersambung dengan bilik Aiman yang tinggal bersebelahan rumahnya menyebabkan alunan petikan gitar itu jelas di telinganya. Enn kembali ke katil sambil tersenyum.

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita


Lenanya malam itu bertemankan lagu nyanyian Aiman dan patung Spongebob. Juga pemberian Aiman. Spongebob di peluk semakin erat. Enn memejamkan mata sambil tersenyum.

Thursday 8 December 2011

Ilham Yang Hilang

Sejak dua menjak, aku gagal menghasilkan apa-apa yang berbentuk kata-kata....ilham oh..ilham....seakan membeku. Hehe......semoga esok, ilham datang menyembah....


ahh...pertama kali entry luahan perasaan


Tuhan, aku sedar aku tak sempurna

aku tahu, banyak salahku sebagai hambaMu

aku mohon, sejahterakanlah hidupku

rahmatilah aku...

Monday 5 December 2011

Dendam



Dia menyusup pantas di antara kereta-kereta yang terletak di tempat letak kereta kondominium Alpha. Sambil membetulkan topeng kelabu dimukanya, matanya tidak terlepas memerhatkan susuk tubuh yang segak berkot yang berada beberapa meter dihadapannya. Apabila melihat orang itu mula membuka pintu kereta, dia cepat-cepat mampir lalu menolak tubuh itu.

“Siapa kamu!” tanya orang itu. Ada bunyi riak ketakutan.

“ Tuan Sidik?” Tanya lelaki bertopeng itu.

“ Err…ya…ya saya. Kamu siapa? Mahu apa?”

“ Kenal Wan Mahmud? Dia mengutus aku untuk menghantar kamu ke……neraka!!” Jawab lelaki bertopeng itu sambil mengacukan pistolnya yang lengkap dengan silencer tepat ke dahi Sadik. Tidak sampai 5 saat, Sadik terkulai tidak bernyawa. Percikan darah mengotori kawasan itu. Ngeri.


Fadli duduk bersandar memerhatikan foto keluarganya yang kian dimamah usia. Ayah, ibu, kakak,adik perempuannya dan di bahagian tepi sekali bahagian kiri adalah dirinya. Sayangnya kesemua mereka sudah kembali ke sisi Tuhan. Dia mengeluh lemah. Pilu mengingatkan kejadian sepuluh tahun lepas. Keluarganya menjadi mangsa pembunuhan kejam. Cuma nasibnya baik kerana tinggal di asrama. Seakan gila dia menerima berita menyayat hati itu.

Menurut siasatan polis, motif pembunuhan adalah dendam. Namun, dalang disebalik kejadian tidak dapat di jejak. Seakan ada satu kuasa yang menghalang. Akhirnya, kes itu masih tidak selesai sehingga kini.


Senarai mangsa yang diburu dibelek satu persatu. Fail yang lengkap dengan gambar dan profil diri masing-masing. Masih berbaki seorang lagi yang belum selesai. Di luar sana, heboh dengan kejadian 3 pembunuhan yang masih belum selesai. Dia tersenyum mengenang keributan yang dilakukannya. Ketawanya pecah tatkala mengimbas kembali riak wajah mangsa-mangsanya. Mereka perlu dihukum. Bisik hatinya.

Magazine diperiksa. Untuk dipastikan ‘hadiah’nya penuh untuk mangsanya. Malam ini, satu lagi mangsa perlu di ajar. Sut serba hitam dipakainya. Gambar mangsa direnung penuh dendam. Jerung besar!! Orang itu mesti menerima akibat dari perbuatannya. Dia nekad. Pistol disisip rapi dan mula bergerak mencari sasarannya.


Tidak susah untuk dia menyelinap ke bangunan yang menempatkan sasaran terakhirnya. Senyap dan pantas dia mencari mangsa. Akhirnya dia tiba dipintu bilik yang dicari. Topeng muka di tanggalkan. Rambutnya dirapikan. Perhitungan terakhir itu dia ingin tamatkan dengan suasana yang berbeza. Pintu bilik ditolak tanpa diketuk.
“ Kamu siapa?” si jerung sasaran menjerkah ke arahnya. Namun dia tidak peduli. Senyuman dileretkan. Sinis.

“ Apa khabar Tan Sri Rashid?” Sapanya. Buat-buat ramah.

“ Kamu siapa? Macamana kamu boleh masuk ke sini?” Soal Tan Sri itu lagi. Sambil tangannya ingin mencapai telefon yang terletak dimejanya. Namun sempat dihalang.

“ Tunggu Tan Sri. Saya datang dengan niat baik. Cuma ingin dapatkan penjelasan dari mulut Tan Sri mengenai sesuatu perkara.” Kata lelaki itu. Tangannya segera mencabut wayar yang menyambung telefon tersebut.

“ Apa yang kamu mahu tahu!” Soal Tan Sri Rashid kasar. Debar mula menari di dadanya.

“ Rileks Tan Sri. Saya Cuma ingin tanya. Kenal Wan Mahmud?” Tanya lelaki misteri itu.

“ Wan Mahmud? Wan Mahmud mana ni? Aku tak tahu. Tak kenal.” Jawab Tan Sri Rashid. Namun ada getar di sebalik kenyataannya itu. Nama itu seolah-olah menjerut leher. Tabu untuk dirinya.

“Tak kenal? Baiklah cuba Tan Sri tengok gambar ini.” Ujar lelaki misteri itu sambil mencampakkan sekeping foto lama di hadapan Tan Sri Rashid. Jelas riak ketakutan di wajah tua itu.

“K…ka…kamu siapa? Apa yang kamu mahu? Apa kaitan kamu dengan arwah Mahmud?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Tan Sri Rashid.pucat mukanya jelas dia ketakutan.

“ Kenapa kau takut hah! Jawab soalan aku. Kenapa kau bunuh keluarga aku!! Apa dosa mereka pada kalian?Jawab!!! Jerkah lelaki itu. Kemarahannya sudah sampai dipuncak. Pistolnya dihalakan tepat dimuka Tan Sri Rashid.

“ A…aku..aku…mintak maaf. Aku tidak sengaja.Sumpah!!” Tan Sri Rashid mula menggigil. Di tahu kini dia berhadapan dengan siapa. Wajah seorang budak lelaki di gambar tadi sempat dijeling. Peluh mula menitik dari dahi.

“Tak sengaja kepala hotak kau!! Kerana sikap tamak, gila kuasa, kau dan 3 orang anjing kurap kau sanggup bunuh keluarga aku!!! Dan kau tanya aku siapa kan…..ini…waris tunggal dan terakhir Wan Mahmud akan menghantar kau bersama kawan-kawan kau ke neraka!!!” Saat itu juga, sebutir peluru tepat menembusi dahi Tan Sri Rashid. Tubuh tidak bernyawa itu tumbang kebelakang. 

Saturday 3 December 2011

Pintaku

Tuhan….

Ampuni aku jika terus merintih

Tuhan..

Aku ingin sekali kembali ke masa lalu

Jika di izinMu, Tuhan

Aku kepingin untuk mencium harumnya kasih

Seperti aku rasa dulu

Tuhan, berikan aku cinta

Tuhan, kurniakan aku bahagia

Tuhan, utuskan aku kekasih

Yang bisa memimpinku ke jalanMu

Monday 28 November 2011

Hadiah untuk ayah

Ini adalah antara cerpen terawal (tak awal sangat la sebab sebelum tu ada yang lagi awal) yang menjoin ZSM untuk zine ZSM: AYAH(sila download) sempena hari bapa tak lama dulu

HEHEHE


Tajuk: Hadiah Untuk Ayah

by: Lieyanna Esmeralda



Pak Seman memandang beca buruk miliknya. Beca yang banyak berjasa kepadanya dan sumber rezeki membesarkan dua anaknya.

“Hmmmm….”

Orang tua itu hanya mampu mengeluh mengenangkan kedua orang anak bujangnya. Ya, kedua anak itu sangat disayanginya walaupun keduanya bukanlah anak kandungnya. Zaim dan haziq adalah harta yang amat bernilai baginya.

“ Ayah, jom masuk. Makan malam dah sedia.” Panggil Zaim. Anak muda itu amat disenangi olehnya. Baik dan taat pada agama. Tapi sayangnya, dia tidak seperti orang lain.

“ Iyalah, kamu masuklah dulu. Ayah menyusul sekejap lagi.” Balas si ayah perlahan. Sementara itu, matanya menangkap susuk tubuh Haziq yang baru pulang dengan  motosikalnya. Pak Seman tidak mempedulikannya. Dia segera masuk ke dalam rumah.

Haziq memakir motosikalnya di halaman rumah. Hatinya panas. Panas disebabkan kalah judi hari ini. Dipandang rumah buruk dengan hati sebal. Sungguh dia tidak suka balik ke sini.

“ Haziq, mari makan nak. Kita makan sama-sama.” Panggil si ayah apabila melihat Haziq melintasi ruang dapur.

Haziq dengan muka selamba menapak ke arah dapur. Dipandang pada hidangan di atas meja. Mulutnya mencebik tatkala melihat hidangan tersebut. Not my taste…bisik hatinya.

“ Sardin??” haziq mengejek.

“ Bukan selera akulah setakat sardin bodoh ni. Korang sajalah makan.” Tambah haziq lagi.

Pak Seman terdiam mendengar cemuhan anak angkatnya. Hatinya sayu. Betapa selama ini dia tidak mampu menyediakan kehidupan yang mewah kapada anak-anaknya. Hati tua itu dipagut sebak. Zaim yang melihat reaksi ayahnya di bakar rasa geram. Mukanya merah. Dia tidak dapat bersabar lagi melihat ayahnya selalu diherdik oleh Haziq yang tidak mengenang budi.

“Abang Haziq jangan melampau. Kalau taknak makan, sudah. Jangan buat ayah sedih macam ni. Tak sedar ke abang, dengan sardin inilah dia menyuap mulut kita samapi besar?” Zaim meluahkan ketidakpuashatinya.

“ Ahh…sudahlah kau Zaim, kau siapa nak cakap macam tu pada aku?” haziq naik angin di ‘sound’ oleh zaim. Muka Zaim dipandang sinis.

“ Sudah…sudah…jangan bergaduh depan rezeki ni…tak baik. Haziq, ayah mintak maaf kalau selama ini ayah tidak mampu bagi makan yang sedap-sedap kepada kamu berdua. Tapi bersyukurlah pada rezeki yang ada. Sudahlah kalau kamu tak mahu makan. Pergilah mandi, berehat.” Pak Seman cuba meleraikan pergaduhan anak-anaknya.

“ Berdosa abang buat ayah kecik hati. Walaupun ayah bukan ayah kandung kita, tapi dia yang besarkan kita. Dengan beca buruk itulah dia sekolahkan kita. Kalau ayah tak kutip kita dulu, entah-entah kita tak ada di dunia ni. Abang patutnya bersyukur. Sudah tiba masanya kita balas jasa ayah. Bukan membebankan ayah lagi. Sudah-sudahlah berjudi. Zaim tahu, abang juga dah pandai ambil dadah kan. Tinggalkan benda-benda tak guna tu.” Zaim geram. Tidak sedar segala yang terbuku di dadanya selama ini terluah.

“ Hoii…kau siapa nak nasihat-nasihat aku?! Kau ingat kau baik sangat? Suci? Sedarlah diri tu ada HIV. Entah mana mak kau dulu menyundal. Nak nasihat aku konon. Kau tak layak. Bersyukur? Hahhh…kalau aku bersyukur, aku boleh kaya ke? Dan kau orang tua, kau bukan ayah aku. Tak payah nasihatkan aku lagi.” Ejek Haziq lalu meninggalkan Zaim dan ayahnya. Hatinya bertambah panas.

Zaim berang. Selera makannya terbantut. Dia beredar dari meja makan menuju ke belakang rumah. Pak Seman tidak sempat menahan zaim. Tubuh tua itu terduduk di kerusi plastik yang sudah buruk. Air matanya menitis. Kasihankan Zaim yang di hina Haziq, namun untuk memarahi Haziq, suaranya seakan tidak keluar.

Lima minit kemudian, Zaim muncul membawa kapak. Kapak yang selalu digunakannya untuk memotong kayu di belakang rumah. Dia seakan hilang kewarasan, menuju bilik Haziq. Pak seman tidak menyedari keadaan itu.

Dammmm!!! Pintu bilik di tendang Zaim. Haziq yang enak berbaring di tilam lusuh miliknya terkejut. Bulat matanya apabila terpandang kapak di tangan Zaim.

“ Kau ni kenapa setan?! Dah gila ke?!!!” Pekik Haziq. Berdebar hatinya melihat Zaim yang berang.

“ Kau tu yang setan!! Aku bunuh kau Haziq!!!! Kau tak layak hidup!!” Zaim naik hantu. Dia sudah hilang kawalan. Serentak dengan itu kapak ditangannya dilibas pada Haziq.

Arghhhhhh!!!!!! Kedengaran jeritan yang nyaring memecah keheningan malam.Tidak sampai seminit, keadaan kembali sunyi.

Pak Seman yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjelopok di lantai melihat darah yang membuak-buak dari badan haziq. Haziq pula sudah kaku di tilamnya. manakala Zaim terduduk mengadap Haziq. Zaim berpaling memandang ayahnya.

“Ayah……ini hadiah untuk ayah.” Ucap Zaim sambil tersenyum.

Pak Seman mendapatkan Zaim. Dipeluknya Zaim sambil menangis


p/s: cerita ini tak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah mengadap Ilahi

Saturday 26 November 2011

Terlarang (Sambungan)

Amaran : Cerita ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berfikiran terbuka. Di ulangi 18 tahun ke atas dan berfiikiran terbuka sahaja

Episod terdahulu



“ Sayang. Sebab abang, abang May.” Jawab Mayasari antara yakin dengan tidak.

Lelaki itu mendekati Mayasari. Duduk di sisi dengan posisi menghadap Mayasari. Mayasari berlagak tenang. Mata lelaki yang di panggil abang long itu menjalar di setiap genap pelusuk tubuh Mayasari yang hanya dibaluti baju satin ungu bertali nipis. Seksi. Setiap inci diamati. Desah nafasnya terasa oleh Mayasari.

“Ehem..” Mayasari berdehem sekali.

Lelaki yang di panggil abang long seakan tersentak. Tersedar dari keasyikan.

“ I’m your sister. Lupa?” Ada senyuman di sebalik kata-kata Mayasari.

“ Yup. Tapi abang teringin untuk ‘lupakan’ perkataan adik tu.”

Mayasari hanya ketawa. Tidak terlalu kuat sehingga menarik perhatian orang. Tangannya mengusap dada ‘abang’ yang semakin tidak keruan. Usapan lembut itu menaikkan nafsu lelaki yang di panggil abang long.

“ Hanif…Hanif..memang May bukan adik kandung abang. Tapi, di dalam darah ini ada mengalirnya susu mama. Mama abang juga.” Ucap Mayasari kepada abang long yang bernama Hanif. Hanif mengeluh.

“ Abang sebenarnya sudah lama sukakan May. May tahu bukan?”

“ Ya, May memang tahu. Dan kita berkongsi rasa yang sama.”

Hanif tersenyum senang. Kedua tangannya singgah di bahu Mayasari. Bahu putih yang terdedah itu di ramas perlahan. Mayasari hanya membiarkan.

“ Kita adik beradik susuan.” Mayasari cuba mengingatkan Hanif akan status mereka. Namun dalam masa yang sama, dia merelakan tangan Hanif menyelusuri setiap inci tubuhnya. Semakin galak.

“ Tahu. Apakata May ‘pulangkan’ susu mama tu?” Balas Hanif seraya bibirnya menangkap ulas bibir seksi Mayasari. Bibir gadis di kucup perlahan. Mayasari pula akur tanpa melawan.

“Ouchh!!” Mayasari terjerit kecil apabila bibirnya di gigit Hanif. Tautan kedua bibir terlerai. Hanif ketawa gelihati.

“ Pulangkan? How?” Tanya Mayasari.

“ Begini…” Tanpa menunggu reaksi Mayasari, tubuh gadis itu dibaringkan. Baju yang sedia terlondeh, di tarik sehingga putus talinya. Bibirnya mendarat pada benjolan padat kepunyaan Mayasari. Dikucup, dijilat daerah itu sehingga Mayasari menjerit geli.

Hanif semakin hilang kawalan. Apatah lagi bila Mayasari juga sama. Merelakan segalanya. Baju satin yang tadinya membalut tubuh Mayasari kini entah di mana. Tubuh putih gebu itu di tatap penuh berahi. Tubuh Mayasari yang sedia terlentang, di panjat perlahan. Di hempapnya tubuh yang selama ini di idam-idamkan. Nalurinya semakin bergetar bila memandang leher jinjang Mayasari. Didekati leher itu. Di cium. Dari pangkal leher hingga ke cuping telinga dikulum dan kembali semula ke pangkal leher. Mayasari menggeliat kegelian.

“ Jangan di situ. Orang Nampak.” Pinta Mayasari apabila terasa gigitan pada pangkal lehernya.

“ Ok sayang.”

Dakapan terus kejap. Dada bertemu dada menyemarakkan lagi api nafsu. Ciuman, gigitan semakin marata. Dari bonjol dada hingga ke pusat dan tidak lupa ke pangkal cabang segitiga yang lama terkunci rapat. Mayasari tidak lagi mampu menahan. Hanif juga tidak lagi mampu menunggu. ‘Senjatanya’ dihayun perlahan menujah ke arah ‘mangsa’. Dari mula yang lembut hingga seagresif mungkin.

Sehingga ke babak yang akhir yang sememangnya menjadi tunjang segala nikmat dunia. Keduanya terus tenggelam dalam lautan asmara terlarang. Desah nafas, rengekan dan erangan, tenggelam timbul dalam suasana hujan lebat dan guruh yang berdentum disulami basah peluh dan segala cairan yang ada.

Segala arah, segala cara juga segenap ruang dimanfaatkan tanpa dibuang, hingga lelah membalut dada, keringat basah lencun di ranjang kepuasan, Keduanya terdampar kepenatan sedang di sebalik sana, iblis laknat sedang gembira bersorak bertepuk meraikan dosa zina. Dosa terlarang.

“ Bukan kali pertama ye?” Hanif bersuara dalam lelah sambil membelai rambut Mayasari, ‘adik’ yang telah dinoda.

Mayasari hanya tersenyum. Sinis bercampur puas.

***

Pagi itu, Mayasari menerima sekeping kad kecil yang di hantar melalui bawah celahan pintu.

‘Wajahmu yang mulus ayu membuatkan aku selalu di lelangitmu untuk kukucup’- Hanif




p/s: cerita, nama dan lokasi tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. ianya hanyalah sebuah cerita rekaan dari aku.

Sunday 20 November 2011

Terlarang

Amaran : Cerita ini hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berfikiran terbuka sahaja


‘Belajar rajin-rajin’.

‘Jangan tinggal solat’.

‘Jaga diri’.

‘Jaga maruah keluarga’.


Itu, 6 tahun yang lalu….


Mayasari mengheret bagasinya keluar dari balai ketibaan. Panas. Bumi Malaysia panas. Desis hati kecil. Langkah tetap di hayun.

“Teksi!!”

Sebuah teksi berhenti tepat di hadapannya. Terjengul wajah si pemandu bermisai lebat tersenyum gatal.

“Ke mana?”

“ Seremban 2.”

“ Jauh juga tu.” Ujar pemandu teksi ada makna.

“ Tak apa. Berapa pun saya bayar.”

Teksi mula menyelusuri jalan raya. Mayasari diam membisu. Tiada rasa untuk berbicara walaupun pemandu bermisai lebat cuba membuka beberapa topik perbualan. Kadangkala mata nakal lelaki itu menjalar sekitar dada Mayasari yang terdedah melalui pantulan cermin pandang belakang. Liur tertelan. Mayasari membiarkan.

***

“ Aku tak hantar kau belajar jauh-jauh keluar negeri untuk jadi macam ini.” Garau suara si ayah malam itu. Mayasari hanya diam tanpa melawan. Telinga di pekakkan. Malas.

Kata-kata berbaur amarah itu tidak berbekas di hatinya. Ibarat angin lalu. Datangnya menampar muka dan hilang tanpa di ketahui arah. Mayasari bersandar di buaian memerhatikan bintang di dada malam. Dia bosan di sini. Bosan terikat begini.

Sedang Mayasari leka mengelamun, ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya di balik pintu. Tajam, penuh makna.

***

2 pagi. Lampu kamar Mayasari masih terang. Dia menapak ke arah kamar itu. Pintu di ketuk perlahan sebaik tiba di depan daun pintu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Kedengaran tombol pintu sebelah dalam di pulas. Wajah Mayasari terjengul keluar.

“ Bang long?”

“ Boleh abang masuk?”

Tanpa sebarang kata, Mayasari membuka jalan untuk membenarkan lelaki itu masuk.

Ada apa?” tanya Mayasari di hujung birai katil.

“ Saja. Maya sihat?”

Sana orang panggil May.” Jawab Mayasari. Tanpa menghiraukan pertanyaan lelaki itu.

“ Ok, May sihat?”

“ Sihat. Seperti mana abang nampak sekarang.”

“ Luaran. Tapi abang tak yakin di dalam sesihat di luar. Kan?”

Mayasari hanya tersenyum sinis.

“ Jadi, apa yang abang mahu sebenarnya?”

“ Jadi diri sendiri. Usah peduli kata orang.”

“ Maksudnya?”

“ Maya sendiri tahu. Love me?”

“ May.”

“ Ok, May. May sayang abang?”

Mayasari kaget. Dadanya berdebar. Perasaan yang lama terpendam itu terbongkar jua. Dia cuba berlagak tenang.


BERSAMBUNG.......

Saturday 12 November 2011

Promo Zine

Ehem...ZSM ada zine baru... ZSM: Sofkor

boleh ke page untuk download. TAPI!!! jika anda adalah :

- 18 Tahun ke atas

- Berfikiran terbuka

- Tidak mengalami asma yang kronik

- Bebas dari sakit jantung

sekian

Wednesday 9 November 2011

Tari


Rentak tari di alun perlahan
Di pentas bangsawan yang terbilang
Irama seni lenggok dua jiwa
Dari segenap sisi, setiap arah

Jari jemari bertaut kejap
Rentak seni tari bibir memulakan langkah
Tanda bermulanya persembahan
Uda dan dara yang keghairahan

Tanpa songsang rentak dilayan
Tidak lupa lentik lidah di lenggokkan
Segenap inci ruang di teroka aduhai
Lekap tubuh semakin rapat

Tarian mula bertukar rentak
Lenggok gemalai mulai rancak
Senjata tersisip Uda persembahkan
Ampuh gagah senjata menjulang

Dara mula mengubah gerakan
Membuka jalan membenarkan rentak
Yakin menyambut huluran Uda
Tanpa ragu tersalah langkah

Senjata di hayun melagukan rentak
Dara menari mengikut kehendak
Langkah tersusun penuh berhemah
Tarian dihayati penuh perasaan

Uda dan Dara bergerak lincah
Membentuk formasi tarian beragam
Lagu desah resah irama iringan
Menyemarakkan rentak melengkapkan langkah




HAHAHAHA







Tuesday 8 November 2011

Kata Hari Rabu

Wajahmu yang mulus ayu membuatkan aku selalu di lelangitmu untuk kukucup


hahahahahaha

Monday 7 November 2011

Kata Hati

Hari demi hari
Aku semakin hilang dalam rasa kecewa
Pertimbangan yang kadangkala hilang
Diri semakin hilang punca
Hanya kerana permainan hati dan perasaan

Jeritku pada hati, biarlah
Biarlah rasa ini terus membelenggu
Jika ini yang aku mahu
Namun, akal waras seringkali bertelingkah dengan rasa
Untuk bangun terus berjuang dalam hidup
Lupakan segala kesakitan
Kepedihan yang sekian lama mencengkam
Mulakan lembaran baru dalam diri
Kasihanilah pada sanubari yang sering disakiti

Lepaskan dia wahai hati
Itu bisik hati
Bukan tuahmu untuk kali ini
Kata hati lagi


Sunday 6 November 2011

Mamat Kaki Ayam

Ini cerita untuk edisi Pulp Fiction yang telah di buat beberapa bulan yang lepas. ZSM : Pulp Fiction ini, adalah edisi ke dua yang telah di jual di Pekan Frinjan. Memandangkan ia adalah Pulp Fiction, maka cerita-cerita di dalam zine ini tiada nilai moral dan....memang pulp...hehehee

Ok, macam biasa, download untuk lagi banyak cerita Pulp di sini.


Mamat Kaki Ayam

by: Lieyanna Esmeralda

Mamat tersedar dari tidur. Terasa badannya basah di sebabkan peluh membasahi tubuhnya kala itu. Dalam tidurnya dia bermimpi. Bukan mimpi basah, tetapi mimpi sedang mengejar seekor ayam betina. Sedang syok mengejar ayam betina, dia terjatuh ke dalam parit yang bertakung air sisa yang busuk. Dan saat terjatuh itulah dia tersedar. Di jelingnya jam di atas meja. Pukul 10 pagi. Perut Mamat berkeroncong. Agak kebuluran dirasakan. Di selaknya selimut. Kakinya memcecah permaidani berbulu lembut. Ehh??? Mamat terasa aneh. Dia terasa agak pendek dari biasa. Bahagian kakinya juga terasa lain. Mamat tunduk memandang bawah.

Makkk!!! Mamat menjerit gaya Jenjen. Di lihat kakinya kini seperti kaki ayam. Mamat menggosok-gosok matanya. Dengan harapan itu hanya ilusi semata. Namun, harapan Mamat berkecai. Kaki ayam tetap disitu. Di rasakan dia masih lagi mamai, Mamat menapak ke bilik air. Mamat mandi. Setelah badannya terasa segar, dia melihat kembali kakinya. Tetap sama. Mamat terasa aneh. Adakah dia masih bermimpi? Perut yang lapar kian memanggil untuk di isi. Hajat untuk ke kedai mamak berkecai kerana malu untuk keluar rumah. Mamat mundar mandir di dapur. Mencari apa-apa makanan untuk di makan. Tapi tiada. Tiba-tiba mata Mamat terpandang perencah sup di atas cabinet dapur. Idea mula datang. Di capainya pisau pemotong yang berada di tepi singki. Mamat duduk berlunjur. Kaki ayamnya di potong. Dan hari itu, Mamat menikmati sup kaki ayam bersama nasi panas dan sambal belacan.

p/s: sila-silalah bagi pendapat ye... :p

Saturday 5 November 2011

Mangsa

Ini juga salah satu yang terkandung dalam ZSM: Sci-FI. Macam biasa, download keseluruhan zine ini untuk banyak lagi koleksi fiksyen sains yang hebat, dari barisan penulis yang hebat.

HEHEHE

***
Mangsa by Lieyanna Esmeralda


Tubuh Hairi  yang barada di atas sebuah katil bedah terasa sengal-sengal. Keadaan terikat itu menyebabkan dia tidak dapat bergerak. Kepala masih lagi pening. Antara mamai dan tidak. Seharian terperangkap di makmal lama itu menyebabkan badannya terasa longlai.

Cit!! cit!! cit!!

Matanya terarah pada satu sangkar besi di hadapannya. Kelihatan 3 ekor tikus sederhana besar di dalamnya. Tikus untuk ujikaji barangkali. Bisik hatinya. Dia mula menyelongkar keseluruhan keadaan makmal. Setiap inci yang mampu dilihat oleh matanya diperhatikan. Kelihatan bersusun larutan cecair-cecair kimia di sebuah rak khas. Acetic Acid Glacral, Acetone, Hydrochloric Acid, Ethanol, Sulfuric Acid, dan macam-macam lagi bahan kimia yang agak susah ejaannya.

Kedengaran pintu makmal di buka. Kelihatan seorang lelaki berpakaian ala saintis menapak masuk. Topeng yang menutup mata sehingga separuh batang hidungnya menyukarkan Hairi mengecam orang itu. lelaki saintis itu menghampiri Hairi.

“ Aa..aak..aku di mana?” Hairi cuak. Senyuman sinis lelaki itu menyebabkan segala bulu roma di badannya meremang.

“ Selamat datang ke Bama.”

“ Bama?”

“ Kau kini berada di dunia aku. Planet ini di namakan Bama. Bama adalah sama seperti Bumi. Tiada bezanya. Hanya di pisahkan oleh galaksi yang berlainan.” Terang lelaki saintis itu.

“ Bagaimana aku boleh sampai ke sini? Apa yang kau nak buat pada aku??”

Lelaki saintis itu hanya ketawa. Tanpa menjawab pertanyaan Hairi, lelaki itu menuju ke meja ujikajinya. Kelihatan beberapa bekas berisi cecair yang tidak di ketahui oleh Hairi di atasnya. Lelaki saintis itu mencampurkan beberapa jenis cecair ke dalam sebuah tabung uji. Asap berkepul-kepul keluar dari bekas berisi campuran cecair itu. Lelaki saintis itu kemudiannya mendekati sangkar yang menempatkan tikus-tikus tadi. Diambil seekor. Dibawa ke meja ujikaji. Satu picagari bersaiz kecil dibenamkan pada tikus itu. kelihatan cecair merah memenuhi picagari. Dan darah itu di masukkan ke dalam larutan cecair tadi.

Hairi mula berpeluh peluh. Tubuhnya tanpa baju terasa sejuk. Lelaki saintis tadi datang mendekati Hairi sambil membawa satu picagari yang bercampur larutan kimia dan darah tadi yang agak besar saiznya.

“ Jangan takut. Aku hanya ingin jadikan kau seorang manusia hebat.”

“ Kau gila! Kenapa aku!! Kenapa aku!! Jangan!!!”
Lelaki saintis tadi tidak mempedulikan jeritan Hairi. Cairan itu tadi di suntik masuk ke dalam tubuh Hairi. Hairi meronta-ronta. Matanya terbeliak. Tidak sampai 10 saat, badan Hairi di tumbuhi bintik-bintik merah. Diikuti dengan bulu-bulu kasar yang tumbuh jarang. Mukanya pula bertukar bentuk separa tikus dengan sepasang taring yang amat tajam. Lelaki saintis tadi ketawa puas. Misinya berjaya.

“ Dengar sini. Aku adalah tuanmu. Kau akan ikut segala arahanku. Faham.” Kata lelaki saintis itu kepada Hairi. Dialog yang di pinjam dari sebuah cerita di televisyen.

Namun Hairi seolah-olah tidak mempedulikan kata-kata itu. tubuhnya panas. Terasa tenaganya lebih kuat daripada biasa. Otot-otot tubuhnya semakin membesar. Tali pinggang yang melingkari tubuh, tangan dan kakinya mulai putus. Jeritan Hairi menggegar suasana. Dia mengamuk. Dirinya mula di penuhi sifat kebinatangan. Hairi mendekati sangkar tikus. Dipijaknya sangkar itu sehingga kemek. Tikus yang ada di dalamnya turut sama lenyek.

Hairi memandang lelaki saintis tadi. Satu renungan tajam di lemparkan beserta air liur hijau pekat mengalir. Di hampiri lelaki itu. lelaki saintis itu yang menyangka Hairi mengenali dia sebagai tuan tersenyum senang. Senyuman itu mati apabila Hairi mengcengkam lehernya dan mengangkatnya terawangan.

“A…aaa..a...aku tu..ttuuann…mu. Le…lepp..as..kan.” Lelaki saintis itu cuba menerangkan pada Hairi siapa dirinya. Namun, Hairi tidak mempedulikannya. Sifat kebinatangan sudah sebati dalam dirinya saat itu. Semua yang hidup di hadapan matanya tidak di biarkan lepas.

“ Cit..cit..Kau yang menjadikan aku begini. Kau tidak layak jadi tuan aku. Kau akan mampus. Lahanat!!” Pekik Hairi. Air liur terpercik di muka lelaki saintis yang mulai biru.

Hairi menguatkan cengkamannya sehingga satu bunyi ‘krakk’ terhasil. Leher lelaki saintis itu patah. Nyawanya juga turut melayang. Tubuh kaku itu di campak ke lantai. Muka lelaki itu di cakar-cakar sehingga hancur. Tidak cukup dengan itu, kedua tangan di gigit dengan gigi tajamnya sehingga putus. Hairi seoalah-olah sedang membaham mangsanya. Tubuh yang tadinya sempurna kini koyak rabak dan putus sana-sini.

Hairi meraung sekuat hatinya. Sifat marah merasuknya. Pintu makmal di tendang. Maka bermulalah satu kehidupan baru Hairi di Planet Bama dengan imej yang baru…


p/s: ada komen?? sila tinggalkan di ruangan bawah :p

Thursday 3 November 2011

Sepasang Gaun Merah, Hadiah Untuk Sayang

Cerita ini aku buat untuk ZSM beberapa bulan yang lepas untuk ZSM: Fiksyen Noir...seperti biasa, download link di atas untuk banyak lagi cerita noir dari penulis-penulis lain yang jauh lagi hebat dari aku...hehehe


Sepasang Gaun Merah, Hadiah Untuk Sayang
by: Lieyanna Esmeralda


Imbas kembali: 6 bulan sebelumnya.

Ray memandu mengikut alamat yang tertera di sekeping kertas di tangannya. Tidak biasa dengan keadaan Bandar ini menyebabkan Ray sering tersesat. Tersilap masuk jalan. Ahhh, New York memang memeningkan baginya yang selama ini membesar di Cape Town.

Kereta di parkir. Tempat yang dicari kini dijumpai.

Ray menolak pintu motel usang itu perlahan. Bau hamis beserta tengik menerobos rongga hidungnya. Kakinya melangkah masuk. Botol-botol beer bersepah sana sini. Kelihatan satu susuk tubuh yang tidak terurus terbaring di sebuah kerusi malas. Sangat comot. Jambang memenihi muka.

“ Mike.” Panggil Ray.

“ Mike, aku, Ray… abangmu.” Panggil Ray lagi. Dia pasti dihadapannya itu adalah Mike, adiknya.

Mike membuka matanya. Ada riak terkejut di wajahnya ketika itu.

“ Pergi!!! Pergi!! Aku bukan Mike. Pergi!!”

Ray tidak peduli. Di dekati adiknya lalu di goncang-goncang bahunya. Kononnya untuk menyedarkan Mike.


“ Mike, dengar sini. Aku, Ray abang kau. Aku tahu semuanya. Aku mahu kau tahu Mike, aku ada di sisi kau. Aku abang kau. Mike!!”

Mike hanya menangis dan menangis umpama orang kurang siuman. Ya, perempuan yang pernah dikahwininya membuatkan dia jadi begini. Mike memeluk abangnya.

“ Aku akan balas dendam Mike. Dia tak akan terlepas.” Ucap Ray. Api dendam menyala.

***


Sekarang

“ Baby, bangun sayang. Sudah pukul 11.00 pagi.” Kejut Ray.

Sophea masih lagi tidak terjaga dari tidur. Masakan tidak, balik menjelang subuh. Janji tinggal janji. Berjimba-jimba, minum, menghabiskan duit dan terkinja-kinja di club seolah-olah sukar untuk di buang dari dirinya.

“ Baby…” panggil Ray lagi. Bontot pejal Sophea ditepuk perlahan.

“ Hmmm…I mengantuklah Honey.” Rengek Sophea sambil menutup mukanya dengan bantal. Buruk perangai betul.

Ray bingkas bangun dari katil. Malas dipedulikan si isteri. Nak tidur, lantaklah. Bisik hati Ray. Pintu bilik air di kuak. Lankahnya terhenti. Dia menoleh pada Sophea yang nyenyak tidur. Satu senyuman sinis dilemparkan.

***

Gaun merah hati dibawa masuk. Ray memandang gaun cantik itu dengan senyuman kepuasan. Diperhatikan setiap inci gaun itu. belahan di bahagian dada akan menampakkan keseksian si pemakai. Ray membayangkan Sophea memakai gaun itu. Hari ini, genap sebulan usia perkahwinannya dengan Sophea. Dia mahu meraikan. Gaun merah seksi itu kemudian diletakkan di atas katil. Jam di tangan dipandang sekilas. Tidak lama lagi. Dia harus melakukan persiapan.

***

Ray menunggu penuh sabar. Biasanya saat ini, Sophea akan pulang. Di periksa meja hidangan. Dipastikan semuanya lengkap. Spagetti Bolognese yang di sediakan sendiri dan tidak lupa Wine 1947 Cheval Blanc. Ray tersenyum puas hati.

“ Honey??” Terdengar suara Sophea memanggil Ray. Sophea wajah Sophea penuh kehairanan.

“ Terkejut? Tapi sebelum itu, Baby masuk bilik dan tengok apa yang ada di atas katil. Dan you mesti keluar dengan memakainya. Pergi.” Arah Ray dengan senyuman yang menggoda. Sophea yang terkejut namun gembira segera melakukan seperti yang diminta Ray.

10 minit kemudian, Sophea keluar. Anggun dan seksi. Ray tersenyum senang. Sophea mendekati Ray lantas bibir suaminya itu di kucup. Lama mereka begitu. Alunan muzik sentimental melatari ruang makan.

“ I love you…ini sebagai meraikan usia perkahwinan kita yang genap sebulan, Baby.” Ucap Ray. Romantis.

“ I..I tak sangka you mahu raikan. I love you too Ray.”

“ Jom, makan. I sediakan khas untuk you. Dan you mesti tahu, ini kali pertama I masak. He he.” Ajak Ray. Tangan Sophea ditarik perlahan mendekati meja  hidangan. Kerusi ditarik khas untuk isterinya.
“ Nampak sedap. Thanks honey.” Puji Sophea.

“ Sama-sama. Untuk kita, I akan lakukan yang terbaik.” Ray bermanis kata. “ Makanlah.”

Mereka menikmati makan malam dengan suasana yang romantik. Sophea mengambil wine di hadapannya. Begitu juga Ray. Gelas dilagakan. Ray tersenyum penuh makna.

Wine di teguk perlahan oleh Sophea. Beberapa minit, dia terasa mengantuk dan sedikit pening. Dia cuba gagahkan mata. Diambil lagi gelas wine itu. di teguk lagi untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ray hanya memandang Sophea sambil tersenyum. Sophea terkulai tidak sedarkan diri.

***

Ray merenjis air ke muka Sophea. Kini Sophea bukan lagi di meja makan mahupun katil. Lebih istimewa dia sediakan untuk Sophea. Tergantung. Kedua tangan isteri ‘tersayangnya’ diikat pada tali yang tergantung khas di ruang tamu rumah. Ya, memang dia sediakan khas untuk si isteri. Sophea terjaga. Dia mengerang kesakitan. Terasa bahunya ingin tercabut. Kawasan sekitar pergelangan tangannya melecet teruk.

“ Honey, kenapa buat I macamni?”

“ Kenapa? kau benar-benar mahu tahu? Baik, dengar apa aku cakap Sophea. aku takkan ulang 2 kali. Dengar baik-baik.”

“ Kau masih ingat lagi pada suami lama kau, Mike?” Tanya Ray.

“ M…Mike? Kenapa?” Sophea terkejut.

“ Ya, Mike Brewer. Dia adik aku. Pelik? Aku Ray Miller, Mike menggunakan nama keluarga ibu kami. Terkejut sayang?” Tanya Ray sambil menyalakan lighter dan disuakan pada bahagian bawah gaun. Sophea menjerit kesakitan.

“ Dan mesti kau tertanya-tanya. Kenapa aku lakukan semua ini. Juga kenapa aku mengahwini kau betina. Sebab, kau dah hancurkan hidup adik aku. Aku mahu kau bayar balik penderitaan yang kau lakukan pada adik aku!!” Pekik Ray. Api semakin marak membakar gaun merah dan bahagian kaki Sophea. Sophea masih lagi terjerit-jerit kesakitan.

“ Sakit sayang?” Tanya Ray. Diambilnya sebaldi air. Lalu dicurahkan pada api di badan Sophea. Si isteri meronta kesakitan. Ray ketawa terbahak-bahak melihat kesan lecur yang teruk di kedua belah kaki hingga pangkal peha Sophea. Baju Sophea di rabak menggunakan pisau.

“ Ini, untuk setiap kecurangan yang kau lakukan pada adik aku.” Pisau Rambo dirodok pada bahagiaan bawah kewanitaan Sophea. Raungan Sophea kedengaran nyaring. Ray masih tidak puas hati.

“ Ini pula untuk setiap sen harta yang kau kikis daripada dia.” Ray menusuk mata pisau di bahagian dada Sophea. Di tarik perlahan-lahan hingga ke pusat. Sophea menggelupur kesakitan.
“ Ini untuk setiap kata-kata manis yang kau lemparkan untuk dia.” Bibir Sophea pula menjadi mangsa. Bibir munggil itu dihiris. Darah merah mengalir membasahi lantai.

“ Dan ini pula hadiah kerana meninggalkan adik aku dan menyebabkan adik aku sasau, menjadi gila.” Ucap Ray seraya merodok kedua pasang mata milik Sophea. Ray ketawa terbahak-bahak melihat Sophea menggelupur kesakitan. Suaranya tenggelam timbul.

“ Oh, aku lupa sayang. Ini untuk meraikan usia perkahwinan kita yang ke sebulan sayang.” Tambah Ray sambil menoreh muka Sophea. Hancur. Lalu untuk kali terakhir, pisau itu di tikam tepat pada jantung. Nyawa Sophea melayang. Ray ketawa puas. Di tarik pisau itu, lalu menikam-nikam tubuh kaku Sophea.

Ray mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar mayat Sophea diambil.  Dia menaip sesuatu. Dan di MMS pada adiknya Mike.

‘ Surprise!!’- Ray




 p/s: sebarang komen dan pandangan amat di perlukan...hehehe











Wednesday 2 November 2011

Genap Seminggu

 27 Oktober 2011- 11 November 2011

Genap seminggu blog ini dibuka...

Thanks pada gadis-gadis manis dan abang-abang hensem yang sudi follow lieyannaesmeralda.blogspot.com






Sayang korang ketat-ketat..hehe


- rasa gedik nauu harini... :p

Tuesday 1 November 2011

Anamilla, Si Pari Comel

Zine paling terbaru, edisi ZSM Pari-pari. Download full zine: ZSM Pari-Pari di ruangan koleksi ZineSatuMalam


Anamilla, sang pari-pari kecil sedang seronok berterbangan di antara mekar bunga-bunga di taman. Seperti selalu, dia mengingkari arahan Aroha, ayahandanya supaya tidak ke dunia manusia. Bahaya kononnya. Selama dia ke dunia manusia, tidak pernah lagi dia ditimpa bahaya. Dia suka bermain disini. Tiada gangguan.

Kamal memerhatikan makhluk bersayap itu di balik tingkap biliknya. Sudah beberapa kali dia perasan akan kehadiran makhluk itu. mulanya, dia menyangka itu adalah si rama-rama yang riang beterbangan di taman yang menghadap biliknya itu. Kamal tersenyum sendiri. Kali ini, dia ingin mendapatkan makhluk itu. walau apa cara sekalipun.

Anamilla, si pari-pari kecil tidak menyedari bahawa dia diperhatikan. Dengan riang, dia terbang. Singgah dari kuntum ke kuntum bunga yang sedang mekar. Menghirup madu yang manis dan wangi. Sesekali dia menari kegembiraan di kuntuman bunga matahari yang besar. Rama-rama dan kupu-kupu juga ikut menari bersamanya.

Dari dalam rumah, Kamal menyediakan beberapa kuntum bunga segar. Dibawanya keluar rumah. Berhati hati supaya makhluk kecil itu tidak terkejut lalu lari. Perlahan dia menapak menghampiri rimbunan bunga-bunga segar. Kamal melutut dengan tangannya memegang jambangan bunga. Menanti. Kehadirannya masih belum disedari Anamilla.

Anamilla yang leka bermain dengan bunga-buangaan, tiba di jambangan bunga yang di pegang Kamal. Dia masih menari riang. Kamal tersenyum sambil memandang keayuan wajah Anamilla.

“ Hello si kecil yang cantik.” Sapa Kamal. Berhati-hati.

Anamilla yang leka dengan bunga-buangaan tersentak. Lantas kepalanya di dongakkan. Manusia!! Anamilla terkejut lalu terjatuh di atas tanah. Dia cuba untuk lari. Namun di tahan Kamal.

“ Tunggu. Saya bukan ingin apa-apakan kamu.”

“ Manusia jahat. Saya tidak percaya pada kamu.”

“ Kalau begitu, kenapa kamu ke sini?”

Anamilla terdiam. Dia begitu takut. Manusia di depannya berpuluh kali lebih besar daripadanya.

“ Saya hanya ingin berkawan dengan kamu. Sudah beberapa kali saya melihat kamu bermain di taman ini. Jangan risau saya tidak berniat jahat.” Terang Kamal.

“ Be..betul kamu tak akan apa-apakan saya?” Anamilla mula yakin bahawa Kamal tidak akan mengapa-apakan dia.

“ Ya, saya ikhlas. Nama saya Kamal, apa nama kamu? Dan dari mana kamu datang?”
“ Saya Anamilla. Dari dunia pari-pari yang bernama Skirodes. Saya anak kepada pemerintah Skirodes yang bernama Aroha.” Jawab Anamilla.

“ Anamilla…sedap nama itu. Jadi kamu adalah pari-pari? Wow!! Selama ini saya sangka pari-pari hanyalah dongeng.”

“ Dongeng pada mereka yang tidak tahu kewujudan kami. Lagipun, memang kami menghindarkan diri dari di ketahui oleh manusia.”

“ Kenapa?”

“ Sejak dulu, kami selalu di beritahu bahawa manusia itu jahat dan akan menyebabkan bangsa kami dalam bahaya jika mereka tahu kewujudan kami.”

“ Tidak semua manusia itu jahat, wahai Anamilla.”

“ Saya tidak tahu.”

“ Tidak mengapa. Mari, ikut saya ke dalam rumah sana. Kita mengenali lebih lanjut mengenai diri masing-masing. Tambahan pula, saya ada madu yang lebih istimewa. Mesti kamu mahu cuba bukan?”

“ Err…madu istimewa?” Anamilla teruja.

“ Ya, mari.” Ajak Kamal. Dia merendahkan tapak tangannya dan mengisyaratkan Anamilla supaya naik ke atasnya. Kamal membawa Anamilla yang duduk di atas tapak tangannya masuk ke dalam rumah.

Anamilla terpegun melihat keadaan dalam rumah Kamal. Segala perabut yang ada adalah asing baginya. Anamilla ditempatkan di atas meja makan milik Kamal.

“ Kamu tahu, Anamilla, saya tinggal di sini keseorangan. Tanpa ayah dan ibu. Hidup sya sunyi.” Luah Kamal tanpa dipinta. Sambil itu, dia meletakkan sesudu madu lebah di dalam sebuah piring untuk Anamilla.

“ Mereka semua di mana?” Tanya Anamilla. Dia teruja dengan bau madu lebah yang diberikan Kamal.

“ Mereka sudah meninggal.”

“ Meninggal?”

“ Mati.”

“ Oh…err…ini madu apa?”

“ Madu lebah. Sedap?”

“ Sedap.” Anamilla tersenyum comel. Habis sepiring madu di makannya. Perutnya terasa amat kenyang.

“ Kamal, saya harus pulang.”

“ Pulang? Kenapa? Tinggallah di sini dulu.”

“ Tidak boleh. Saya khuatir ayahanda saya akan sedar akan ketiadaan saya di Skirodes. Saya harus pulang segera.”

“ Jangan!! Temanilah saya di sini. Saya perlukan teman.”

“ Saya akan temani kamu di lain waktu. Sekarang saya harus pulang dulu. Saya janji akan kembali.”

“ Kamu janji Anamilla?

“ Ya.”

“ Baiklah. Esok, saya akan menunggu kamu di taman.”

Anamilla tersenyum. Lantas dia terbang mendekati Kamal, lantas pipi lelaki itu di cium. Kamal kaget. Namun dalam hatinya terbit rasa bahagia. Anamilla terbang lalu, hilang dari pandangan.

***
Keesokan harinya

Kamal menunggu Anamilla di taman seperti yang dijanjikan. Dan, tidak lama kemudian Anamilla tiba. Kamal tersenyum senang.

“ Hai, Anamilla. Saya tahu kamu akan menepati janji.”

“ Sudah saya katakan, saya akan datang. Membawa lebih kegembiraan pada kamu. Dan saya akan menghapuskan kesunyian kamu itu.”

Kamal ketawa. Anamilla tersenyum.

“ Betapa gembiranya saya mendengarnya, Anamilla.”

“ Kerana itu, saya datang membawa kawan-kawan saya.”

Kamal medongak ke langit. Terkejut apabila melihat jumlah pari-pari yang amat ramai. Beribu!! Anamilla yang perasan riak cuak di wajah Kamal lantas berkata.
“ Memandangkan kamu sudah mengetahui akan kewujudan saya dan kaum saya, maka kamu harus dihapuskan.”

“ Apa?!! Kenapa Anamilla? Saya tidak menyakiti kamu!!” Kamal terkejut.

“ Ya, saya tahu. Malangnya setiap manusia yang pernah mellihat kami akan dihapuskan.”

“Tidak!!!”

Serentak dengan itu, ribuan pari-pari menyerbu ke arah Kamal. Taring yang selama ini di sembunyikan, terbenam di setiap inci tubuh Kamal. Kering darah di hisap. Tubuh kaku Kamal rebah ke bumi.

****
sebelum itu

Ada mangsa terbaru yang sudah aku perangkap. Esok, ada makanan untuk kamu semua. Bosan bukan asyik menikmati madu?” Kata Anamilla kepada kaumnya.

Aroha, pemerintah Skirodes hanya tersenyum bangga. Bangga dengan Anamilla, pewaris tahta Skirodes. Negara pari-pari penghisap darah!!!












Monday 31 October 2011

Ilusi



Aku umpama berada di dalam satu bongkah besar yang tertutup. Gelap lemas, cuba mencari dimana pintu agar bisa ku keluar dari kongkongan bersegi yang menyesakkan ini. Dalam kepayahan mencari, aku merintih hiba. Terdetik di hati kecilku, mungkin aku di sini selamanya. Nyata aku silap apabila tidak semena-mena sejalur cahaya memanahi tepat ke dalam mataku. Kelihatan seorang persis perwira berdiri gagah di hadapanku menghulurkan tangan. Air mata yang membasahi pipi ku sapu. Tubir mata yang masih bergenang aku seka. Aku cuba bangun, sekuat mungkin. Berusaha mencapai huluran yang dihulur kepadaku. Aku melangkah perlahan kepadanya sambil tanganku cuba menggapai. Susuk tubuh laksana perwira itu semakin hampir kepadaku. Aku cuba mengamati wajahnya. Namun silauan cahaya sang mentari menghalang kudrat keupayaan optikku. Dan,tubuh itu kini dihadapanku. Sayang, wajah itu terselindung disebalik topeng. Menutupi keseluruhan wajahnya. Tiba-tiba pandanganku berpinar-pinar. Aku rebah menyembah bumi. Tanpa mengetahui siapakah gerangan perwira itu. Dan aku tahu saat aku sedar kembali, aku masih merintih.

Pelangi Lapan Warna # 4 (akhir)

Sambungan Pelangi Lapan Warna oleh jejaka malaya Bloghok

hehehe

Part # 4 

Dan lelaki itu, dengan sejuta sesalan terus menangisi perbuatannya pada Laila. Walau tangisan tanpa titis di mata, namun hatinya sarat dengan sendu.

‘Laila, andai aku tahu begini sakitnya, tidak berani aku memulakannya dulu. Laila, andai aku tahu lukanya begini parah, tidak pernah tegar aku lukakan hatimu. Laila, inilah karma yang harus aku pikul. Selama hayatku, wahai gadisku.’

Si lelaki terus hanyut dek perasaan. Menghitung kembali memori-memori lama.

‘ Awak, awak pakai baju biru ini esok tau.’ Terngiang suara lunak Laila ketika memberikan sehelai t-shirt kepadanya. Dan baju itu sentiasa di simpan. Dijaga rapi.

‘Awak, jangan lupa makan ubat tau. Biar cepat sembuh.’ Terngiang kembali ucapan Laila tiap kali dia sakit. Si lelaki semakin kalah dengan air mata.

Oh, Laila, gadisku….

***

Aku bersendirian di kamar kecil. Membelek tanpa jemu kad-kad yang pernah dia berikan. Aku tahu, semakin aku menyimpannya, semakin aku merindu. Aku kalah, aku rapuh

‘ Kalau asal pohon akan ku ukir, jadi gadis tercantik, kembang baru berputik. Andainya kau patung tak bernyawa, nafas dari rongga ku separuh untukmu.’

Antara bait rangkap yang terkandung dalam sekeping kad.

“Maaf awak, saya tak pandai bermadah seperti awak. Saya copy dari internet. He He.”

Terngiang suara lelaki itu sewaktu menghulurkan kad itu. Aku tertawa kecil. Tawa dalam tangisan yang bersisa.

Kad-kad itu, aku simpan kembali dalam sebuah kotak. Kiri hatinya memberontak untuk membuangnya. Kanan hatinya kuat supaya di simpan semua memori itu. Akhirnya, kotak itu aku simpan dalam almari. Letak jauh-jauh dari pandangan.

Aku penat. Ya, Laila binti Muhammad, penat menangis sejak sekian lama. Mungkin kini, aku harus belajar untuk kuat. Pelangi lapan warna itu, tetap ku cari. Biarlah takdir yang menentu.

***

Sang lelaki yang menyesal hatinya, cuba untuk tabah. Mungkin suatu hari nanti, Laila akan di temuinya. Biarlah dia simpan rasa kesal, sayang, rindu ini kemas-kemas. Laila, tolong tunggu aku. Aku mohon gadisku.

Tutt..tutt

Telefon bimbit si lelaki berbunyi. Menandakan ada pesanan ringkas yang menanti untuk di baca. Lelaki tahu dari siapa. Keluhan berat terbit dari bibir. Namun, di capai juga.

‘Abg, jji nk bw syg jln2.. Knp x smpai2 lg ni? Menci syg tggu lma cam ni..hmmmm’

Begitu antara isi kandungan pesanan ringkas itu. Dari gadis yang menyebabkan dia tegar melukakan Laila. Dahi si lelaki berkerut. Dulu, sewaktu bersama Laila, tidak pernah gadis itu ungkapkan kata ‘benci’. Lelaki itu mengeluh kesal. Memang Laila gadis terbaik dalam hidupnya. Kini semuanya Laila. Laila itu, Laila ini. Dia kesal. Amat kesal.

Pesanan itu dibalas. Ringkas, padat.

‘ Maaf, Abg rs, ni penamatnya. Ht abg bkn ngan syg. Abg mnysal tggalkan Laila dlu. Maaf, ni mmg slh abg. Mpermainkn ht 2 wnta d cc abg.’

Telefon bimbit itu di matikan. Ya, itulah keputusannya. Dia yakin walaupun kini, dia tahu dia telah menyakiti hati seorang lagi gadis.

Laila, maafkan aku. Maafkan aku menyakitimu dulu.

Di corong radio, kedengaran lagu yang di putarkan amat menyesakkan sanubarinya.

Tersingkaplah tirai cinta ku yang lalu,
Hangat nya bagai, lahar yang membakar bumi,
Hinggakan aku menggelupur kelecuran,
Bila engkau pergi tak kembali..

Dan dari jauh beribu batu, Laila juga sebak mendengar bait rangkap lagu yang sama sambil memakan coklat untuk menenangkan jiwanya.

Untuk mengelakkan air mata jernihnya terus singgah dipipi,Laila menggagahi diri  mengalihkan siaran radionya...

Tappp......


---SIARAN TAMAT--- 

Pelangi Lapan Warna # 3

Part # 1

Part # 2

Pelangi Lapan Warna Part # 3 by Fatin Syamimi  <--- klik untuk ke blog beliau



‘Abang, sayang rindukan abang. Sangat-sangat.’
Secara tak sengaja Laila terbaca mesej pesanan ringkas yang singgah ke telefon bimbit yang bukan miliknya. Niat di hati hanya ingin membelek-belek gambar yang tersimpan di galeri, gambar kenangan manis. Berderau darahnya. Tak pernah Laila menggelar jejaka kesayangannya dengan panggilan abang, cukup sekadar ber’saya’ dan ber’awak’.

‘Sayang? Abang? Ya Allah, dugaan apakah ini?’
Lalu Laila meletakkan kembali telefon bimbit yang bukan kepunyaannya di atas meja. Air mata diseka, selendangnya dibetulkan. Cuba berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Laila nak balik. Tak sedap badan lah. Mungkin penat sangat.”
Insan yang baru duduk di hadapannya hanya mengangguk perlahan sambil memesan supaya Laila rehat secukupnya.

‘Cukuplah aku sebagai perempuan diperkotak-katikkan. Cukuplah sampai di sini sahaja kebodohanku. Kenapa kau bodoh Laila? Kenapa kau buta Laila? Betul kata bonda. Jangan percaya pada lelaki. Oh, bonda, Laila rindukan bonda.’

Langkah kakinya dihayun pantas. Timbul rasa di hati ingin lari laju-laju dari tingkat 8 bangunan sebelah lalu terjun ke bawah yang siap sedia dinanti oleh tilam spring. Kerana saat dirinya di udara adalah ruang di mana Laila akan tinggalkan segala kesedihannya di atas, dan bila mendarat di bumi, segala hubungan kasih sayang dengan insan tersebut tidak pernah berlaku sama sekali. Tapi Laila sedar. Itu hanya angan-angan.

Laila harus kuat menempuh kehidupan yang penuh warna. Sama ada merah dengan rasa ghairah, jingga dengan rasa riang, kuning dengan rasa setia, hijau dengan rasa iman, biru dengan rasa tenang, indigo dengan rasa bergaya, ungu dengan rasa semangat, putih dengan rasa suci atau hitam dengan rasa berbalam-balam.

***

‘Laila, mengapa jadi begini? Tiada lagikah ruang di hatimu untukku?’
Dia menyendiri, mengira bintang-bintang selatan. Harapannya Laila juga sedang mengira bintang-bintang utara.

‘Kau tu yang bodoh, tolol wahai lelaki. Laila begitu baik, sempurna di mata manusia lain, mengapa kau hancurkan hati suci dia? Kerana nafsu kau? Kerana kau nak test market konon?’
Suara ghaib sedang mentertawakan dirinya. Akibat kebodohannya, mahu tunjuk lagak yang dia itu jejaka terhangat di pasaran, dia itu sekali petik sepuluh yang mari. Nah, kini rasakan! Bagaimana Laila pecah dadanya, dirobek hatinya kerana dipermainkan, kini dia harus menerima balasan.

‘Kau kan kacak, berduit. Cuba kau pikat perempuan lain, mesti dapat. Takkan kau nak serious terus dengan Laila tu. Kita muda lagi lah kawan. Dah rasa nak kahwin nanti, pilihlah yang terbaik. Kau pasti takkan menyesal bila dapat yang terbaik antara yang terbaik. Hahahaha!!!’

Itulah antara ayat-ayat yang menjadi perangsang dirinya betindak kejam pada hati Laila. Laila terus ditipu dari hari ke hari. Laila terus tersenyum bersama harapan palsu yang dia ciptakan.

‘Laila, aku berdosa pada kau. Sungguh, memang aku berniat untuk acah-acah sahaja dengan yang seorang lagi. Tapi kau tetap di hati aku, Laila. Kau satu dalam sejuta. Kau yang terbaik untukku.’
Dia megeluh lagi. Memang salahnya, punca darinya yang menyebabkan segala kucar-kacir begini.

***

Laila tenang dan selesa bila berada dalam dakapan bonda. Bonda lah segala-galanya buat Laila kini. Setelah ujian yang tidak terduga melanda dirinya, Laila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Menjauhkan diri dari masalah bukan tindakan yang bagus, tapi Laila perlukan sedikit ruang supaya tidak membuat keputusan dalam keadaan terburu-buru. Kata satu pepatah ini ‘sesuatu yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu.’
Sekali lagi, petang itu Laila menapak perlahan-lahan ke pondok di tepi sawah itu. Berbekalkan diari ungu kesayangannya, Laila membelek satu per satu muka surat.

‘Melarikan diri dari kesibukan tugasan, aku dan dia ke Muzium Negeri. Janggal bukan? Ah! Biarlah. Kami masih mahasiswa, tiada duit yang menggunung tinggi, aku pun tak mahu menumpang kesenangan dia, RM2 tak terlalu banyak jika digunakan untuk sehari suntuk melawat perkara bersejarah. Uniknya, percintaan luar biasa. Mana ada pasangan lain yang buat macam aku dan dia. Keh keh keh. Boleh disimpan memori ini untuk anak cucu nanti. Oh, ke hadapan benar aku berangan. Entah ya, entah tidak aku menjadi surinya. Tapi tak salah kan kalau aku berharap?’

Air mata menitis di pipi. Saat manis itu menjelma di minda Laila.

‘Mengapa jadi begini? Kesetiaan yang aku berikan, kesedihan yang dia balas. Hmmmm.’

‘Petang itu, aku dan dia ke pantai. Mendengar irama dan lagu dari ombak dan pantai. Umpama aku dan dia, tak dapat dipisahkan lagi. Duduk di atas pasir sambil mencoretkan nama kami berdua, lalu dibentuk corak hati mengelilingi nama kami. Oh, bahagianya. Sambil memerhatikan matahari terbenam, indah sungguh panorama itu.’

Laila tak mampu lagi meneruskan pembacaannya. Matanya kian kabur, takungan air mata kian memberat. Tunggu saat mahu gugur ke pipi gebu Laila. Akhirnya Laila bangun dari pangkin, menyarungkan selipar lalu menapak perlahan-lahan ke teratak mawaddah, tempat berteduh Laila dan bonda. Tak lama lagi azan Maghrib bakal berkumandang, pasti bonda sedang menanti Laila untuk solat berjemaah. Tak ada yang lebih baik darinya jika dapat berimamkan bonda ketika bersolat. Dulu Laila pernah memasang impian;

‘Selain abah dan bonda yang mengimamkan Laila bersolat, Laila mahu awak yang imamkan solat Laila nanti, ya?’

Kini, impian hanya tinggal impian. Laila harus tabah. Kata orang kalau jodoh, dugaan macam mana sekalipun, pasti kalian akan bersama. 

Dari kejauhan, bonda sedar ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis suntinya itu. Dari tindak-tanduk Laila, kerutan di wajahnya, senyum yang tiada seri, bonda tahu Laila sedang berdepan dengan cabaran kehidupan.

‘Sabarlah sayang, bonda tahu, Laila kesayangan bonda ini kuat hatinya, tegar keyakinannya. Meskipun dilambung badai, pasti Laila mampu mengharunginya.’

bersambung....

Pelangi Lapan Warna #2

sambungan dari Part #1




by: Lieyanna Esmeralda





dan dalam sendu yang menggigit hati, aku cuba menepis akan memori yang tanpa silu datang menjengah. Ahh!! Aku cuba usir. Tidak mahu lagi terus menerus meratap.

Tapi…

Kau tahukah bulan, aku rindukan dia…

Aku menantikannya saban hari tanpa jemu..

Kau tahukah bulan??

Sepi…tiada jawapan.

Apakah aku juga perlu bertanya pada bintang??

Diam…bintang juga tiada jawapan.

Ahhh….air mata ini bagaikan hujan. Ya, hujan sendu hati ini wahai alam.

Daun pintu jendela aku tarik rapat. Sejuk hawa malam semakin tidak tertahan. Hangat menjengah. Kipas kaki merah jambu pemberian arwah abah, aku usap. Habuk semakin tidak malu bertandang. Ku bangun menuju almari usang itu, mencapai perca kain.

Kipas itu aku lap. Dengan mata yang masih lagi bergenang. Memori arwah abah mengetuk minda. Aku masih terkenang senyuman abah sewaktu menghadiahkan aku kipas ini.

“ Hadiah untuk Laila. Mulai malam ini, Laila tak lagi kepanasan.” Ucap abah sambil mencubit pipiku. Aku ketika itu, hanya melompat kegirangan. Ya, hadiah sebegini cukup besar bagi golongan sederhana seperti kami. Bonda hanya tersenyum sambil memeluk erat tangan kiri abah. Ah, aku rindu waktu itu.

“Abah…Laila rindu abah.”

Sendu itu semakin menggila. Memori tentang dia dan abah bercampur aduk. Dan yang pastinya, ke duanya aku rindu. Kipas yang telah bersih itu, aku pasang. Deru angin dari kipas itu membelai lembut wajahku. Lampu bilik aku matikan. Giliran badanku pula perlu dimanjakan. Malam ini, seperti biasa, lenaku masih ditemani air mata. Setia.

***


Subuh itu, seperti biasa, solatku di imami bonda. Syahdu suasana subuh amat dirasai. Tangan bonda ku cium dan seperti biasa, dahiku disinggahi bibir bonda. Lembut, sejuk.

“ Sarapan apa hari ini bonda?” Manja aku bertanya.

Bonda tersenyum sambil melipat telekung.

“ Macam biasa, kegemaran Laila.” Jawab bonda ringkas. Aku tersenyum senang. Terbayang nasi lemak kegemaran, hasil air tangan bonda.



***


Petang yang damai. Aku membawa diri dengan memegang erat diari ungu. Menuju lokasi kegemaran. Sebuah pondok di tepi sawah.

Pondok ini masih utuh. Mungkin seutuh kasih dan rindu pada dia. Ya, mungkin. Hati aku meronta. Apakah yang dia lakukan sekarang? Adakah sama seperti aku, saban hari menunggu, menanti, merinduinya? Adakah? Tiada siapa yang bisa menjawabnya. Kerana hanya dia yang mampu merungkai persoalan ini.

Termenung jauh aku di sini. Deru angin menolak lembut rambutku. Ku selit tepi telinga. Diari ungu itu, aku buka. Helaian demi helaian aku selak, aku baca. Diari hidupku. Ya, diari yang dimulai saat pertama ku kenali dia. Bait-bait ayat yang ku tulis, ku hayati.

-‘Dia tersenyum mendapatkan aku sambil berpayung pink milikku tanpa segan silu. Tangan kirinya memegang patung beruang putih. Untukku. Oh, kesayanganku sangat manis waktu itu.’

Mataku terpejam membaca baris ayat itu. Tanpa tertahan, air mataku laju menuruni pipi. Tidak terdaya untuk ku seka. Biarkan. Aku biarkan saja mutiara jernih itu. Awak, dimana awak? Tidak rindukah awak kepada saya? Lupakah awak pada diri ini?

Aku teresak sendirian di pondok tepi sawah.

Mindaku masih lagi ligat memutarkan memori.

Dia

Mana dia? Mana warna pelangi ke 8 ku?


Dan air mata itu terus mengalir. Menemani aku kala ini. Dan sememangnya air mata itulah yang setia menemani aku tatkala aku rindukan dia. 


bersambung...