Monday 31 October 2011

Ilusi



Aku umpama berada di dalam satu bongkah besar yang tertutup. Gelap lemas, cuba mencari dimana pintu agar bisa ku keluar dari kongkongan bersegi yang menyesakkan ini. Dalam kepayahan mencari, aku merintih hiba. Terdetik di hati kecilku, mungkin aku di sini selamanya. Nyata aku silap apabila tidak semena-mena sejalur cahaya memanahi tepat ke dalam mataku. Kelihatan seorang persis perwira berdiri gagah di hadapanku menghulurkan tangan. Air mata yang membasahi pipi ku sapu. Tubir mata yang masih bergenang aku seka. Aku cuba bangun, sekuat mungkin. Berusaha mencapai huluran yang dihulur kepadaku. Aku melangkah perlahan kepadanya sambil tanganku cuba menggapai. Susuk tubuh laksana perwira itu semakin hampir kepadaku. Aku cuba mengamati wajahnya. Namun silauan cahaya sang mentari menghalang kudrat keupayaan optikku. Dan,tubuh itu kini dihadapanku. Sayang, wajah itu terselindung disebalik topeng. Menutupi keseluruhan wajahnya. Tiba-tiba pandanganku berpinar-pinar. Aku rebah menyembah bumi. Tanpa mengetahui siapakah gerangan perwira itu. Dan aku tahu saat aku sedar kembali, aku masih merintih.

Pelangi Lapan Warna # 4 (akhir)

Sambungan Pelangi Lapan Warna oleh jejaka malaya Bloghok

hehehe

Part # 4 

Dan lelaki itu, dengan sejuta sesalan terus menangisi perbuatannya pada Laila. Walau tangisan tanpa titis di mata, namun hatinya sarat dengan sendu.

‘Laila, andai aku tahu begini sakitnya, tidak berani aku memulakannya dulu. Laila, andai aku tahu lukanya begini parah, tidak pernah tegar aku lukakan hatimu. Laila, inilah karma yang harus aku pikul. Selama hayatku, wahai gadisku.’

Si lelaki terus hanyut dek perasaan. Menghitung kembali memori-memori lama.

‘ Awak, awak pakai baju biru ini esok tau.’ Terngiang suara lunak Laila ketika memberikan sehelai t-shirt kepadanya. Dan baju itu sentiasa di simpan. Dijaga rapi.

‘Awak, jangan lupa makan ubat tau. Biar cepat sembuh.’ Terngiang kembali ucapan Laila tiap kali dia sakit. Si lelaki semakin kalah dengan air mata.

Oh, Laila, gadisku….

***

Aku bersendirian di kamar kecil. Membelek tanpa jemu kad-kad yang pernah dia berikan. Aku tahu, semakin aku menyimpannya, semakin aku merindu. Aku kalah, aku rapuh

‘ Kalau asal pohon akan ku ukir, jadi gadis tercantik, kembang baru berputik. Andainya kau patung tak bernyawa, nafas dari rongga ku separuh untukmu.’

Antara bait rangkap yang terkandung dalam sekeping kad.

“Maaf awak, saya tak pandai bermadah seperti awak. Saya copy dari internet. He He.”

Terngiang suara lelaki itu sewaktu menghulurkan kad itu. Aku tertawa kecil. Tawa dalam tangisan yang bersisa.

Kad-kad itu, aku simpan kembali dalam sebuah kotak. Kiri hatinya memberontak untuk membuangnya. Kanan hatinya kuat supaya di simpan semua memori itu. Akhirnya, kotak itu aku simpan dalam almari. Letak jauh-jauh dari pandangan.

Aku penat. Ya, Laila binti Muhammad, penat menangis sejak sekian lama. Mungkin kini, aku harus belajar untuk kuat. Pelangi lapan warna itu, tetap ku cari. Biarlah takdir yang menentu.

***

Sang lelaki yang menyesal hatinya, cuba untuk tabah. Mungkin suatu hari nanti, Laila akan di temuinya. Biarlah dia simpan rasa kesal, sayang, rindu ini kemas-kemas. Laila, tolong tunggu aku. Aku mohon gadisku.

Tutt..tutt

Telefon bimbit si lelaki berbunyi. Menandakan ada pesanan ringkas yang menanti untuk di baca. Lelaki tahu dari siapa. Keluhan berat terbit dari bibir. Namun, di capai juga.

‘Abg, jji nk bw syg jln2.. Knp x smpai2 lg ni? Menci syg tggu lma cam ni..hmmmm’

Begitu antara isi kandungan pesanan ringkas itu. Dari gadis yang menyebabkan dia tegar melukakan Laila. Dahi si lelaki berkerut. Dulu, sewaktu bersama Laila, tidak pernah gadis itu ungkapkan kata ‘benci’. Lelaki itu mengeluh kesal. Memang Laila gadis terbaik dalam hidupnya. Kini semuanya Laila. Laila itu, Laila ini. Dia kesal. Amat kesal.

Pesanan itu dibalas. Ringkas, padat.

‘ Maaf, Abg rs, ni penamatnya. Ht abg bkn ngan syg. Abg mnysal tggalkan Laila dlu. Maaf, ni mmg slh abg. Mpermainkn ht 2 wnta d cc abg.’

Telefon bimbit itu di matikan. Ya, itulah keputusannya. Dia yakin walaupun kini, dia tahu dia telah menyakiti hati seorang lagi gadis.

Laila, maafkan aku. Maafkan aku menyakitimu dulu.

Di corong radio, kedengaran lagu yang di putarkan amat menyesakkan sanubarinya.

Tersingkaplah tirai cinta ku yang lalu,
Hangat nya bagai, lahar yang membakar bumi,
Hinggakan aku menggelupur kelecuran,
Bila engkau pergi tak kembali..

Dan dari jauh beribu batu, Laila juga sebak mendengar bait rangkap lagu yang sama sambil memakan coklat untuk menenangkan jiwanya.

Untuk mengelakkan air mata jernihnya terus singgah dipipi,Laila menggagahi diri  mengalihkan siaran radionya...

Tappp......


---SIARAN TAMAT--- 

Pelangi Lapan Warna # 3

Part # 1

Part # 2

Pelangi Lapan Warna Part # 3 by Fatin Syamimi  <--- klik untuk ke blog beliau



‘Abang, sayang rindukan abang. Sangat-sangat.’
Secara tak sengaja Laila terbaca mesej pesanan ringkas yang singgah ke telefon bimbit yang bukan miliknya. Niat di hati hanya ingin membelek-belek gambar yang tersimpan di galeri, gambar kenangan manis. Berderau darahnya. Tak pernah Laila menggelar jejaka kesayangannya dengan panggilan abang, cukup sekadar ber’saya’ dan ber’awak’.

‘Sayang? Abang? Ya Allah, dugaan apakah ini?’
Lalu Laila meletakkan kembali telefon bimbit yang bukan kepunyaannya di atas meja. Air mata diseka, selendangnya dibetulkan. Cuba berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Laila nak balik. Tak sedap badan lah. Mungkin penat sangat.”
Insan yang baru duduk di hadapannya hanya mengangguk perlahan sambil memesan supaya Laila rehat secukupnya.

‘Cukuplah aku sebagai perempuan diperkotak-katikkan. Cukuplah sampai di sini sahaja kebodohanku. Kenapa kau bodoh Laila? Kenapa kau buta Laila? Betul kata bonda. Jangan percaya pada lelaki. Oh, bonda, Laila rindukan bonda.’

Langkah kakinya dihayun pantas. Timbul rasa di hati ingin lari laju-laju dari tingkat 8 bangunan sebelah lalu terjun ke bawah yang siap sedia dinanti oleh tilam spring. Kerana saat dirinya di udara adalah ruang di mana Laila akan tinggalkan segala kesedihannya di atas, dan bila mendarat di bumi, segala hubungan kasih sayang dengan insan tersebut tidak pernah berlaku sama sekali. Tapi Laila sedar. Itu hanya angan-angan.

Laila harus kuat menempuh kehidupan yang penuh warna. Sama ada merah dengan rasa ghairah, jingga dengan rasa riang, kuning dengan rasa setia, hijau dengan rasa iman, biru dengan rasa tenang, indigo dengan rasa bergaya, ungu dengan rasa semangat, putih dengan rasa suci atau hitam dengan rasa berbalam-balam.

***

‘Laila, mengapa jadi begini? Tiada lagikah ruang di hatimu untukku?’
Dia menyendiri, mengira bintang-bintang selatan. Harapannya Laila juga sedang mengira bintang-bintang utara.

‘Kau tu yang bodoh, tolol wahai lelaki. Laila begitu baik, sempurna di mata manusia lain, mengapa kau hancurkan hati suci dia? Kerana nafsu kau? Kerana kau nak test market konon?’
Suara ghaib sedang mentertawakan dirinya. Akibat kebodohannya, mahu tunjuk lagak yang dia itu jejaka terhangat di pasaran, dia itu sekali petik sepuluh yang mari. Nah, kini rasakan! Bagaimana Laila pecah dadanya, dirobek hatinya kerana dipermainkan, kini dia harus menerima balasan.

‘Kau kan kacak, berduit. Cuba kau pikat perempuan lain, mesti dapat. Takkan kau nak serious terus dengan Laila tu. Kita muda lagi lah kawan. Dah rasa nak kahwin nanti, pilihlah yang terbaik. Kau pasti takkan menyesal bila dapat yang terbaik antara yang terbaik. Hahahaha!!!’

Itulah antara ayat-ayat yang menjadi perangsang dirinya betindak kejam pada hati Laila. Laila terus ditipu dari hari ke hari. Laila terus tersenyum bersama harapan palsu yang dia ciptakan.

‘Laila, aku berdosa pada kau. Sungguh, memang aku berniat untuk acah-acah sahaja dengan yang seorang lagi. Tapi kau tetap di hati aku, Laila. Kau satu dalam sejuta. Kau yang terbaik untukku.’
Dia megeluh lagi. Memang salahnya, punca darinya yang menyebabkan segala kucar-kacir begini.

***

Laila tenang dan selesa bila berada dalam dakapan bonda. Bonda lah segala-galanya buat Laila kini. Setelah ujian yang tidak terduga melanda dirinya, Laila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Menjauhkan diri dari masalah bukan tindakan yang bagus, tapi Laila perlukan sedikit ruang supaya tidak membuat keputusan dalam keadaan terburu-buru. Kata satu pepatah ini ‘sesuatu yang dimulai dengan rasa marah, akan berakhir dengan rasa malu.’
Sekali lagi, petang itu Laila menapak perlahan-lahan ke pondok di tepi sawah itu. Berbekalkan diari ungu kesayangannya, Laila membelek satu per satu muka surat.

‘Melarikan diri dari kesibukan tugasan, aku dan dia ke Muzium Negeri. Janggal bukan? Ah! Biarlah. Kami masih mahasiswa, tiada duit yang menggunung tinggi, aku pun tak mahu menumpang kesenangan dia, RM2 tak terlalu banyak jika digunakan untuk sehari suntuk melawat perkara bersejarah. Uniknya, percintaan luar biasa. Mana ada pasangan lain yang buat macam aku dan dia. Keh keh keh. Boleh disimpan memori ini untuk anak cucu nanti. Oh, ke hadapan benar aku berangan. Entah ya, entah tidak aku menjadi surinya. Tapi tak salah kan kalau aku berharap?’

Air mata menitis di pipi. Saat manis itu menjelma di minda Laila.

‘Mengapa jadi begini? Kesetiaan yang aku berikan, kesedihan yang dia balas. Hmmmm.’

‘Petang itu, aku dan dia ke pantai. Mendengar irama dan lagu dari ombak dan pantai. Umpama aku dan dia, tak dapat dipisahkan lagi. Duduk di atas pasir sambil mencoretkan nama kami berdua, lalu dibentuk corak hati mengelilingi nama kami. Oh, bahagianya. Sambil memerhatikan matahari terbenam, indah sungguh panorama itu.’

Laila tak mampu lagi meneruskan pembacaannya. Matanya kian kabur, takungan air mata kian memberat. Tunggu saat mahu gugur ke pipi gebu Laila. Akhirnya Laila bangun dari pangkin, menyarungkan selipar lalu menapak perlahan-lahan ke teratak mawaddah, tempat berteduh Laila dan bonda. Tak lama lagi azan Maghrib bakal berkumandang, pasti bonda sedang menanti Laila untuk solat berjemaah. Tak ada yang lebih baik darinya jika dapat berimamkan bonda ketika bersolat. Dulu Laila pernah memasang impian;

‘Selain abah dan bonda yang mengimamkan Laila bersolat, Laila mahu awak yang imamkan solat Laila nanti, ya?’

Kini, impian hanya tinggal impian. Laila harus tabah. Kata orang kalau jodoh, dugaan macam mana sekalipun, pasti kalian akan bersama. 

Dari kejauhan, bonda sedar ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis suntinya itu. Dari tindak-tanduk Laila, kerutan di wajahnya, senyum yang tiada seri, bonda tahu Laila sedang berdepan dengan cabaran kehidupan.

‘Sabarlah sayang, bonda tahu, Laila kesayangan bonda ini kuat hatinya, tegar keyakinannya. Meskipun dilambung badai, pasti Laila mampu mengharunginya.’

bersambung....

Pelangi Lapan Warna #2

sambungan dari Part #1




by: Lieyanna Esmeralda





dan dalam sendu yang menggigit hati, aku cuba menepis akan memori yang tanpa silu datang menjengah. Ahh!! Aku cuba usir. Tidak mahu lagi terus menerus meratap.

Tapi…

Kau tahukah bulan, aku rindukan dia…

Aku menantikannya saban hari tanpa jemu..

Kau tahukah bulan??

Sepi…tiada jawapan.

Apakah aku juga perlu bertanya pada bintang??

Diam…bintang juga tiada jawapan.

Ahhh….air mata ini bagaikan hujan. Ya, hujan sendu hati ini wahai alam.

Daun pintu jendela aku tarik rapat. Sejuk hawa malam semakin tidak tertahan. Hangat menjengah. Kipas kaki merah jambu pemberian arwah abah, aku usap. Habuk semakin tidak malu bertandang. Ku bangun menuju almari usang itu, mencapai perca kain.

Kipas itu aku lap. Dengan mata yang masih lagi bergenang. Memori arwah abah mengetuk minda. Aku masih terkenang senyuman abah sewaktu menghadiahkan aku kipas ini.

“ Hadiah untuk Laila. Mulai malam ini, Laila tak lagi kepanasan.” Ucap abah sambil mencubit pipiku. Aku ketika itu, hanya melompat kegirangan. Ya, hadiah sebegini cukup besar bagi golongan sederhana seperti kami. Bonda hanya tersenyum sambil memeluk erat tangan kiri abah. Ah, aku rindu waktu itu.

“Abah…Laila rindu abah.”

Sendu itu semakin menggila. Memori tentang dia dan abah bercampur aduk. Dan yang pastinya, ke duanya aku rindu. Kipas yang telah bersih itu, aku pasang. Deru angin dari kipas itu membelai lembut wajahku. Lampu bilik aku matikan. Giliran badanku pula perlu dimanjakan. Malam ini, seperti biasa, lenaku masih ditemani air mata. Setia.

***


Subuh itu, seperti biasa, solatku di imami bonda. Syahdu suasana subuh amat dirasai. Tangan bonda ku cium dan seperti biasa, dahiku disinggahi bibir bonda. Lembut, sejuk.

“ Sarapan apa hari ini bonda?” Manja aku bertanya.

Bonda tersenyum sambil melipat telekung.

“ Macam biasa, kegemaran Laila.” Jawab bonda ringkas. Aku tersenyum senang. Terbayang nasi lemak kegemaran, hasil air tangan bonda.



***


Petang yang damai. Aku membawa diri dengan memegang erat diari ungu. Menuju lokasi kegemaran. Sebuah pondok di tepi sawah.

Pondok ini masih utuh. Mungkin seutuh kasih dan rindu pada dia. Ya, mungkin. Hati aku meronta. Apakah yang dia lakukan sekarang? Adakah sama seperti aku, saban hari menunggu, menanti, merinduinya? Adakah? Tiada siapa yang bisa menjawabnya. Kerana hanya dia yang mampu merungkai persoalan ini.

Termenung jauh aku di sini. Deru angin menolak lembut rambutku. Ku selit tepi telinga. Diari ungu itu, aku buka. Helaian demi helaian aku selak, aku baca. Diari hidupku. Ya, diari yang dimulai saat pertama ku kenali dia. Bait-bait ayat yang ku tulis, ku hayati.

-‘Dia tersenyum mendapatkan aku sambil berpayung pink milikku tanpa segan silu. Tangan kirinya memegang patung beruang putih. Untukku. Oh, kesayanganku sangat manis waktu itu.’

Mataku terpejam membaca baris ayat itu. Tanpa tertahan, air mataku laju menuruni pipi. Tidak terdaya untuk ku seka. Biarkan. Aku biarkan saja mutiara jernih itu. Awak, dimana awak? Tidak rindukah awak kepada saya? Lupakah awak pada diri ini?

Aku teresak sendirian di pondok tepi sawah.

Mindaku masih lagi ligat memutarkan memori.

Dia

Mana dia? Mana warna pelangi ke 8 ku?


Dan air mata itu terus mengalir. Menemani aku kala ini. Dan sememangnya air mata itulah yang setia menemani aku tatkala aku rindukan dia. 


bersambung...

Pelangi Lapan Warna # 1

Kolaborasi bersama  Niya Adriane , Lieyanna Esmeralda, Fatin Syamimi dan Ist Mein

Part # 1 oleh Niya Andriane <--- klik untuk ke blog beliau


24 september 2011

aku kembali di rumah itu, rumah tempat aku dibesarkan.,jejak kaki aku kembali terhenti disini...tempat di mana aku pernah membesar...mencari kedamaian, mencari zaman  keanak-anakan kembali

sesudah hujan petang itu,seperti biasa aku duduk menghadap langit,pangkin usang yang ayah dirikan ini masih lagi utuh, dibuat satu ketika dahulu dijadikan tempat isitirehat bonda seusai lelah berkebun.aku suka duduk disinirumput lalang di halaman makin panjang ,sengaja aku juntaikan kaki supaya merasa kesegaran embun hujan .dua tiga hari ini kerap benar langit menangis, sedih benarkah langit,??tiga hari ini juga aku menunggu pelangi, selalu nya beliau muncul selepas hujan.

ah pelik benar.

lembayung senja sudah sampai waktu ku kira,, ufuk jingga makin luas melebar pantulan warnanya, aku lihat bonda sedang sibuk mengunci jendela, biasalah di kampung senja-senja begini banyak nyamuk kata bonda.
sebelum bonda melaung, lebih baik aku sendiri yang masuk.

langkah kaki perlahan ku atur, sampai aku di anak tangga rumah, aku mencapai gayung, mencebok air tadahan dalam guri, arwah abah selalu berpesan, kalau hendak masuk ke rumah, basuh dahulu kaki, basuh muka juga, biasa lah orang tua penuh dengan adat juga petua. ah sekali lagi aku rindu pada arwah abah.

"laila, mari solat dengan bonda, bonda tunggu ya"
- lunak bonda memanggil, aku diam, laju langkah aku ke bilik air mengambil wudhuk.

setiba aku di kamar solat, aku lihat bonda menunggu aku, aku sarungkan kain putih , terus kami solat.
entah kenapa hati aku diruntum sayu, tatkala usai solat, bonda mencium dahi aku lama.
dalam doa aku kali ini, menitis air mata jernih. aku sendiri tak mengerti.

" bonda ada masak makanan gemaran laila, makan barang sama bonda"
- aku diam, mengangguk.
bonda usap kepala aku.
aku diam.

masakan bonda sungguh tiada tandingan. padan arwah abah tak pernah makan diluar, kalau bonda sakit teruk baru lah abah ke luar, benar kata orang orang dahulu, mahu memikat suami, pikat dengan air tangan dahulu. sama seperti bonda, masakan bonda sungguh enak. usai aku membantu bonda mengemas dapur, aku katakan pada bonda tentang hajat aku pulang kemari. aku katakan pada bonda, aku mahu lihat pelangi lapan warna.
bonda diam, bonda bilang.

" karut saja kau ini laila, masakan ada pelangi itu lapan warna, mengapa mahu lapan? sudah kata ada 7 warna."
sinis senyum bonda kali ini.

Bonda tak percaya lagi kata aku. kecewa.
tak apa, nanti aku buktikan pelangi lapan warna itu wujud, bukan dalam imiginis aku sahaja.

bonda sudah mahu beradu, aku hantar bonda dengan pandangan, sebelum itu bonda sempat mengucup pipiku, katakan yang jangan terlalu berkhayal, jatuh nanti.
aku juga ke kamar yang lama aku tinggalkan, aku buka jendela kedua, aku renung langit lepas.
renung jauh-jauh.ada bintang. bintang utara.
mungkinkah dia juga sedang merenung bintang selatan di sana?
ah pikiran ini.
aku capai gitar usang, aku perbetulkan duduk ku, aku mula mencari kod, aku mula memetik dawai keras itu,
satu, dua, terdengar irama kini. aku berlagu, lagu sendu bersidai di balik awan.

"aku menunggu dia tiba, hampir saban malam.menanti penuh sabar dalam sendu yang tidak lagi kedengaran.menunggu membuat aku jadi perindu paling penyabar serta setia.entah mana arjuna hati.mungkin tinggal sepi tanpa jejak, tapi tak apa, biar aku disini, menyentuh angin yang lalu, membilang titisan hujan yang setia turun menemani aku yang berpayungkan ketulan awan.

aku menunggu dia tiba di siangnya hari, menanti dengan rasa sabar yang sekecil dada, menunggu di terik panas ini buat aku mudah lelah, dengan keringat yang menodai aku., aku panggil angin buat hilang rasa panas, aku tarik awan jadikan payung untuk hadang sinar mentari memercik.

setiap hari, ceritanya sama.aku menunggu.menunggu entah bila hujung dan hakikinya.yang pasti aku tetap bersidai di balik awan."



akhir nya, aku kalah juga dengan irama ini, aku tersedu, aku menangis semahu nya di kaki jendela, berpeluk tubuh, ku campak gitar ke tepi............

Bersambung...




Saturday 29 October 2011

Kisah Dia Dan Mereka

Cerita ini aku dah siarkan di blog kawan aku, dinding-itu.blogspot.com sebenarnya. Thanks dear sebab panggil I bidadari...wink wink :p

err...tajuk asal cerita ni aku dah lupa (malas nak selongkar folder sebenarnya..hehehe)..tajuk baru yang diberi, seperti di atas, Kisah Dia Dan Mereka

- komen amat dialu-alukan


***

Zara terduduk di muka pintu. Air matanya mengalir deras membasahi pipi. Pergaduhannya dengan Ain tidak di duga sama sekali. Kawan baik selama ini yang sering berkongsi suka dan duka mula menjauhkan diri apabila berkenalan dengan Maria, teman serumah mereka yang baru.

“ Kau jangan sibuk hal aku boleh tak? Kau siapa nak nasihat aku? Suka hati akulah nak buat apa pun.” Masih terngiang-ngiang herdikan Ain kepadanya tadi apabila Zara cuba menasihati Ain supaya menyiapkan tugasan.

Zara perasan, Ain dan Maria seolah-olah memulaukannya. Kemana mereka pergi, tidak pernah dia di ajak. Dalam rumah, mereka jarang mahu menegurnya. Malah, kewujudannya bagaikan tidak disedari oleh kedua mereka. Zara pernah mencuba untuk berbincang dengan mereka, namun cubaan itu dipandang sepi oleh mereka berdua.

Cuba untuk tidak terlalu terbawa-bawa dengan perasaan sedih, dia menghampiri meja belajarnya. Laptop di hidupkan lalu menaip sesuatu.

Zarafina: Shah, aku dengan Ain bergaduh lagi.

Shahril: Kenapa? Kau sabar ya.

Zarafina: Dia marah aku nasihatkan dia.

Shahril: Kau bawa bertenang dulu. Pergi cuci muka, ambil wudhu’ dan tidur. Esok kita bincang hal ini. Okey?

Zarafina: Okey Shah.

Sejak hubungannya dengan Ain renggang, Shahril sajalah menjadi tempat dia meluahkan perasaan sedihnya. Laptop ditutup. Selesai mencuci muka dan berwudhu’, lampu bilik di matikan. Zara ingin melupakan peristiwa pergaduhannya dengan Ain sebentar tadi.


Maria yang menyaksikan pergaduhan dua sahabat itu hanya tersenyum riang. Entah mengapa, persahabatan mereka berdua menerbitkan api cemburu di hatinya. Sejak kecil, dia tiada sahabat baik. Kerana itu, dia cuba mengalihkan perhatian Ain kepadanya dengan umpan wang yang selalu di hulurkan kepada Ain. Dan, taktiknya itu menjadi. Dia puas kini Ain lebih rapat dengannya berbanding Zara.


Zara melangkah longlai ke kelas. Tubuhnya berasa tidak bermaya. Kepalanya juga pening. Zara tahu sebabnya. Penyakit yang disedarinya ketika tahun pertama pengajian diterima dengan redha. Di kalangan kawan-kawannya, tiada siapa pun yang mengetahuinya termasuklah Ain. Sengaja di rahsiakan penyakitnya itu daripada sesiapa. Sakit di kepalanya semakin mencengkam. Matanya berpinar-pinar. Langkah yang sedia longlai semakin lemah. Akhirnya, dia tidak mampu bertahan lagi. Zara rebah di kaki lima bangunan. Pengsan.


Zara tersedar dari lena. Kepalanya masih berasa berat. Sakit yang tadinya mengcengkam kini semakin pulih. Dia cuba mengamati dimanakah dia berada. Katil bercadar putih dengan tampalah poster mengenai kesihatan manjamu matanya.

“Zara…” Tiba-tiba dia terdengar satu suara memanggilnya.

“ Eh, Shah…macamana kau ada di sini? Aku dimana Shah?” Tanya Zara. Shahril ketika itu baru sahaja tiba.

“ Kebetulan masa kau pengsan tadi aku ada berdekatan. Jadi, akulah yang bawa kau ke sini. Kita di Pusat Kesihatan Universiti. Mesti kau tak pernah ‘check in’ di sini kan?” Jawab Shahril. Gurauan lelaki itu menyebabkan Zara tersenyum. Namun, senyumannya tidak lama. Dia khuatir adakah Shahril sudah mengetahui tentang penyakitnya.

“ Jadi kau sudah tahu….”

“ Ya, aku sudah tahu. Doktor Naimah yang bagitahu aku tadi. Kenapa kau rahsiakan penyakit kau?” Potong Saharil. Sedikit sebanyak dia terkilan kerana Zara merahsiakan mengenai penyakitnya itu.

“ Maaf Shah. Aku sebenarnya tidak mahu menyusahkan sesiapa mengenai penyakit aku ni. Buat masa ini, kau dengan Doktor Naimah saja yang tahu. Kau jangan bagitahu ibu bapa aku okey.” Rayu Zara. Terdapat genangan air mata di tubir matanya.

“ Tapi Zara, penyakit kau bukan penyakit biasa. Barah otak. Kenapa mesti kau rahsiakan dari ibu bapa kau? Sekurang-kurangnya mereka boleh ikhtiarkan sesuatu.” Balas Shahril. Dia tidak setuju akan tindakan yang diambil Zara.

“ Jangan Shah. Aku merayu pada kau. Ya, aku tahu. Ada rawatan kemoterapi untuk aku. Tapi, penyakit aku sudah di tahap kritikal. Buat apa aku menyeksa diri melakukan rawatan, sedangkan kematian akan menjemput aku bila-bila masa.” Zara tertunduk sayu. Dia redha.

“ Tapi sekurang-kurangnya ia dapat memanjangkan hayat kau. Kau jangan mengalah dulu, Zara.” Nasihat Shahril.

“ Buat apa Shah. Ya, mungkin hayat aku dapat di panjangkan beberapa bulan, tetapi, tak ada guna kalau aku menderita kesakitan di atas katil. Aku Cuma berharap dengan sisa hayat aku yang sedikit ini, aku dapat menikmati hidup yang berkualiti bersama kawan-kawan dan keluarga di samping mengerjakan ibadat pada Tuhan.” Zara tetap dengan pendiriannya. Dia nekad. Shahril tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Jika itu pendirian Zara, dia terpaksa akur. Sedih dengan nasib yang menimpa sahabatnya.
“ Eh Ain, kau dengan Zara dah lama ke berkawan?” Tanya Maria. Ketika itu mereka sedang berjalan melepasi beberapa buah butik di sebuah pusat membeli-belah.

“ Adalah dalam 2 tahun. Kenal semasa hari pendaftaran dulu. kenapa kau tanya?” Jawab Ain.

“ Tak adalah saja aku tanya. Dia tu macam membosankan aku tengok. Asyik ke perpustakaan je.”

“ Oh, dia memang rajin belajar. Antara best student juga lah.” Balas Ain. Ada nada kurang senang dengan komen Maria terhadap Zara.

“ Jom, aku belanja kau tengok wayang nak?” Ajak Maria. Dia perasan akan riak tidak senang daripada Ain. Maria sedar, selama dia mengenali Ain, gadis itu  senang dipengaruhi dengan duit.


Zara tiba di rumah sewanya sekitar jam 9.30 malam. Dari siang, masanya di habiskan di perpustakaan untuk belajar dan menyiapakan tugasan bersama Shahril. Shahril jugalah yang menghantarnya pulang apabila lelaki itu tidak benarkan dia menaiki bas bersendirian. Sejak mengetahui penyakit Zara, Shahril sentiasa mengambil berat padanya.

Ada orang yang dah pandai balik malam nampaknya sekarang.” Terdengar satu suara menegurnya dari belakang. Zara tersentak. Kelihatan Ain sedang berdiri di muka pintu biliknya. Maria yang ada disebelahya hanya tersenyum sinis.

“ Aku buat kerja di perpustakaan tadi. Bukannya merayau.” Zara menyatakan hal yang sebenar. Namun dibalas dengan ketawa sinis dari kedua kawannya.

“ Ke perpustakaan sampai malam ya? atau menggedik dengan jantan? Siap berhantar bagai sekarang. Dasar bohsia.” Ejek Ain. Maria ketawa.

“ Ain!! Sampai hati kau kata aku macam tu. Kau kawan baik aku. Apa salah aku pada kau? Kalau aku ada buat salah pada kau, aku minta maaf. Tapi janganlah layan aku macam ni.” Zara meluahkan apa yang terbuku di hati. Sedih apabila kawan baik sendiri menghinanya.

“ Kau tanya apa salah kau Zara? Salah kau ialah, kau menyusahkan dan merimaskan aku. Faham?” Jawab Ain. Sedikitpun dia tidak mengendahkan perasaan Zara yang terguris. Maria yang dari tadi bertindak sebagai pemerhati, juga bersuara.

“ Ain dah tak mahu berkawan dengan kau. Kau tu membosankan.”  Kata-kata Maria cukup melukakan hati Zara.

“ Baiklah, kalau aku menyusahkan dan merimaskan, aku minta maaf. Ya, aku memang seorang yang membosankan. Terima kasih atas persahabatan kita selama ini. Dalam hati aku, kau tetap sahabat aku, Ain. Tak mengapalah. Maria tak membosankan seperti aku kan? Selamat malam kawan-kawan.” Luah Zara, sambil melangkah masuk ke biliknya. Air matanya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Kejadian ini memyebabkan kepalanya sakit. Di capainya telefon bimbit. Satu pesanan di kirim pada Shahril.

Assalam Shah, aku dengan Ain bergaduh lagi. Dia cakap aku merimaskan dia. Shah, tolong aku ya? Hantar aku ke terminal bas boleh? Aku nak balik kampong. Sekarang ya?

Zara terus memasukkan beberapa helai baju ke dalam sebuah beg. Hatinya walang jika terus berada di sini. Biarlah dia menenangkan diri di kampung buat beberapa ketika. Lima minit kemudian, kedengaran panggilan masuk dari telefon bimbitnya. Shahril.

“ Helo, Zara, aku ada di luar ni.” Kedengaran suara Shahril di talian.

“ okey,aku  keluar sekarang.” Ringkas jawapan Zara.

Tanpa memberitahu Ain mahupun Maria, Zara keluar meninggalkan rumah dengan sisa air mata yang masih di pipi.


“Zara, kau okey?” Tanya Shahril apabila Zara hanya membisu. Sekali sekala dia perasan Zara mengesat matanya. Dia tahu Zara masih lagi menangis walaupun tidak kedengaran bunyi esakan.

“ Hmmm….okey.” Balas Zara lemah. Rasa sedih dan pilu masih membengkak di dalam hatinya. Ditambah rasa sakit kepala yang mula menyerang.

“ Kau betul ke nak balik malam ni? Tiket dah beli?”

“ Belum. Rancangan saat akhir.”

“ Kalau macam tu, aku hantar kau sampai rumah.” Putus Shahril.

“ Tak payah Shah, menyusahkan kau saja. Tak apa, aku balik naik bas.”

“ Aku hantar kau sampai rumah. Lagipun kita sekampung. Mana ada lagi tiket masa ni kau nak balik?”

“ Yalah….terima kasih Shah.” Zara mengalah. Terharu dengan perhatian yang di hulur oleh Shahril.

“ Sama-sama. Kau kan kawan aku. Oh ya, apa cerita kau dengan Ain?”

Lalu, Zara menceritakan kesemuanya pada Shahril. Dari saat Maria muncul dalam hidup mereka, bagaimana Maria cuba membeli hati Ain dengan kuasa wangnya dan cemuhan demi cemuhan yang dilemparkan oleh mereka. Tidak lupa juga adengan pergaduhan yang baru berlaku tadi. Shahril yang mendengar seolah-olah tidak percaya. Begitu mudahnya Ain melupakan persahabatan kerana mendapat kawan yang lebih berharta dari Zara. Betapa persahabatan bagi Ain yang dapat ditukar ganti kerana wang.shahril hanya menggelengkan kepala.

“ Zara, kau sabarlah ya, mungkin ada hikmah semua ini. Disinilah kau dapat menilai mana betul-betul sahabat. Kau sakit, kena banyak berehat. Jangan fikirkan sangat ya?” Pujuk Shahril. Zara hanya mengangguk.


Suasana rumah Zara dibalut kesedihan. Keadaan Zara semakin membimbangkan. Ibu dan bapa Zara sudah mengetahui penyakit Zara setelah Zara pengsan di dalam bilik air beberapa hari yang lalu. Shahril yang mengetahui keadaan Zara, bergegas ke rumah Zara.

“ Zara…kau okey?” Shahril bertanyakan khabar. Sayu hatinya melihat keadaan Zara yang terlantar lemah. Muka pucat tidak bermaya.

“ Terima kasih kerana datang Shah. Aku ada nak minta tolong dari kau Shah.” Zara bersuara lemah.

“ Apa dia Zara? Insyaallah aku cuba tolong semampu aku.”

“ Kau bagi ini pada Ain boleh? Tapi….” Shahril terdiam saat memdengar kata-kata dan pesanan daripada Zara. Terasa sebak untuk dia memikul amanat ini. Huluran sampul ungu oleh Zara di pegang kejap. Air matanya juga turut mengalir.


Seminggu kemudian

“ Assalamualaikum, Ain!!” Panggil Shahril. Dia berada di hadapan rumah gadis itu.

“ Waalaikumussalam. Hahhh…kau nak apa? Zara tak ada. Lama dah tak balik.” Dingin saja ucapan yang keluar dari mulutnya.

“ Aku tahu. Aku ada sesuatu nak bagi kau. Okeylah aku balik dulu.” Shahril tidak mahu berlama di situ. Sakit hatinya melihat perangai kurang sopan Ain.


Ain melabuhkan punggungnya di birai katil. Sampul yang berwarna ungu pemberian Shahril dibuka.

Assalamualaikum sahabatku..

Maaf jika kehadiran lembaran ini menggangu kau. Aku cuma ingin mencoretkan sedikit kata hati. Buat tatapanmu teman tersayang. Ain, ikhlas dari lubuk hati aku, kaulah sahabat yang terbaik yang aku ada. Aku sayangkan kau dengan sepenuh jiwa raga aku. Kau umpama saudara kandung bagiku…

Ain…

Aku akui, betapa hati ini robek bila kau membuang aku dari hidup kau, kawan. Tapi tidak mengapa. Aku tidak berdendam. Aku juga telah memaafkanmu, sahabat. Aku tidak salahkan kau. Mungkin aku ada mengguris hati kau. Maafka aku jika ia benar.

Ain..

Saat kau membaca warkah ini, aku mungkin sudah tiada lagi di dunia ini untuk menyakitimu. Maafkan segala ke khilafan aku selama ini. Halalkan apa yang pernah kau hulurkan kepadaku. Aku juga memohon belas ihsan doa dan Al-Fatihah darimu teman. Semoga kita berjumpa lagi di alam sana.


                                                                           Sahabat yang ikhlas menyayangimu,

                                                                                          Zarafina Mustafa


Saat itu juga, air mata tumpah. Berbuku rasa kesal yang menghuni hatinya. Dia sedar, betapa dia bodoh menggadaikan persahabatannya dengan Zara hanya kerana Maria yang lebih kaya dari Zara. Dia menyesal.Dia kehilangan seorang sahabat kerana wang. Sedih hatinya tidak dapat ditahan lagi. Ain meraung semahu-mahunya sambil memeluk erat surat pemberian arwah Zara kepadanya.






HUJAN DI BUMI TUHAN

Ya, hujan turun lagi,
seperti selalu,
aku mendongak,
merenung titis kecil yang menjunam bumi
asyik..

Hujan, Ya hujan,
sama seperti hujan sendu hati
yang seringkali meratap
yang seringkali merintih
pedih
memang pedih apa yang dirasa

Aku mohon,
Hujan rahmatMu Ya Rabb,
bisa membasuh luka
membasuh daki
yang seringkali membalut hati
hambaMu ini


p/s: Hujan lebat sekarang...hehehe

Friday 28 October 2011

Jalan Pulang

Ini cerita pertama aku semasa join zinesatumalam edisi ZSM: Fiksyen. Bolehlah download keseluruhan  zine ini untuk banyak lagi cerita dari penulis yang hebat-hebat belaka. ZSM Fiksyen ini juga edisi pertama yang telah di jual di Pekan Frinjan tak lama dulu.

Jalan Pulang by Lieyanna Esmeralda

Di daerah yang asing, aku berjalan tanpa arah yang pasti….yang pasti, aku kebingungan…kelesuan…kehilangan kudrat untuk meneruskan langkah. Dalam kepenatan, aku bersandar pada sebatang pohon yang rendang….angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi cengkungku…dengan hiba, aku memeluk kedua belah lututku….menyembamkan muka lalu menangis….adakah dunia ini sudah tiada warna lagi untukku???

Tiba-tiba aku terasa seperti bahuku di tepuk perlahan…sungguh lembut tangan itu…aku mengangkat muka, mendongak. Seorang wanita persis bidadari di hadapanku…sungguh manis senyumannya…benarkah dia bidadari?? Aku terkaget sendiri…

“ mengapa kau menangis sayang?” lembut suara itu menyapa gegendang telingaku.

“ saya hilang arah. Hilang tujuan…tidak tahu arah destinasi…tiba-tiba saya disini.” Jawabku sambil kembali teresak-esak.

“ mari….” Ajak bidadari itu sambil memegang tanganku.

“ kita mahu kemana wahai…bidadari?” tanyaku. Aku ragu-ragu.

“ Saya bukan bidadari…saya hanya manusia biasa…makhluk Allah S.W.T.” ringkas saja jawabnya.

Desakan hatiku menyuruh aku mengikutinya. Dengan perlahan kami menyusuri satu lorong yang dipenuhi bunga-bungaan. Cantik. Itulah yang terlintas difikiranku. Wanita yang ku sangka bidadari itu sesekali menoleh kearahku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya walaupun aku rasa senyumanku agak kekok.

Kami tiba di satu rumah…bukan…istana mungkin…atau …aku kebingungan….aku seakan terpaku seketika. Kelihatan ramai manusia di dalamnya. Semuanya berpakaian putih…tidak kira lelaki ataupun wanita….Air muka masing-masing penuh ketenangan. Tempat apakah ini?? Aku mulai takut…

“ tempat apakah ini?” tanyaku kepada wanita itu.

“ ini adalah rumah Allah…”

Aku tidak mengerti…dahiku berkerut….

“ masjid…” sambungnya sambil tersenyum.

Aku seolah-olah terpana.….seakan pernah kudengar perkataan itu. Tiba-tiba air mataku mengalir laju….ya, aku terasa seolah-olah tersedar dari mimpi yang panjang. Betapa dulu aku lupa pada Pencipta. Aku menangis semahunya….

Aku berpaling pada wanita itu. Aku belum tahu siapakah dia yang sebenarnya. Aku amat berterima kasih padanya kerana membawa aku ke sini.

“ boleh saya tahu siapakah kamu?” tanyaku kepadanya.

“ saya adalah kamu….saya adalah sisi kebaikan kamu.” Jawabnya tenang. Saat itu juga, dia beransur-ansur hilang dari pandanganku. Aku terkaget. Hairan. Tanpa berlengah, aku memasuki rumah Allah itu. Saat itu, aku sujud kepadaNya. Syukur kepadaMu Ya Allah kerana kembalikan aku ke jalan kebenaran.



Si Comel Elis

Yang ini hasil duet aku dengan seorang kawan ZSM

hehehe

By: Lieyanna Esmeralda & Azhar Ibrahim

Elis duduk terperuk di sudut dinding kamarnya. Lututnya di rapatkan di dada. Dipeluk. Matanya dilihat terpejam. Namun bukan tidur. Rambut yang selama ini di jaga rapi di biar kusut. Di tubuhnya masih lagi tersarung persalinan raja sehari. Sudah 3 hari dipakainya. Majlis yang di idamkan sekian lama kini boleh di kategorikan sebagai pelamin anganku musnah. Comel datang ke arahnya. Si kucing parsi berbulu lebat itu menggesel-geselkan badannya pada Elis. Comel di angkatnya. Di peluk. Kucing itu mengiau manja. Perlahan-lahan Elis bangun menuju ke arah balkoni tingkat 3. Sempat tangannya mencapai pisau lipat di meja solek. Comel yang enak berada di dalam dakapan diusap perlahan. Di timang seketika kucing itu. Tangannya kemudian mencekik leher Comel. Comel menggelupur. Lalu sekuat hati di balingnya kucing itu ke bawah. Comel berdarah di kepala dan senyap. Pisau lipat Elis tenung. Ditilik-tilik seketika. Elis naik duduk di penghadang balkoni. Kaki berjuntaian ke bawah. Pisau itu di tekan perlahan ke lengannya. Ditekan, dan tarik. Elis menjerit. Namun seketika ia bertukar menjadi hilaian panjang. Pisau dilepaskan. Darah yang mengalir di biar menitik. Warna merah mengotori bajunya. Di ambil sedikit darah itu lalu di coletkan di mukanya. Elis ketawa dalam tangisan. Mata dipejamkan dan terasa tubuhnya melayang ke bawah. Ke arah Comel. Elis pejam mata.

Sekonyong-konyong seperti ada angin yang melayangkan roh nyawa menyapu segenap tubuh Comel. Seperti yang selalu dikata - 9 nyawa - Comel bingkas bangun di atas keempat kakinya. Ditonjol kepala mengusap manja ke muka Elis, dijilat-jilat dahi merah berdarah itu.

Comel menyinsing ke tepi badan tanpa nyawa itu. Kemudian ia melompat ke seberang, melangkahi sekujur tubuh keras itu yang bak melekap di atas konkrit padu - kesan impak hempasan dari terjunan tiruk "face first" dari tingkat 3 sebentar tadi.

Tiba2, ibu jari kaki Elis meliuk-liuk seakan terkejut seperti direnjatkan voltan elektrik.


Di ikuti dengan gerakan jari hantu dan jari-jari lain tangan kirinya. Seolah-olah menguis sesuatu. Comel datang kembali mendekati tubuh itu. Berhenti di hujung kaki Elis. Mata coklat Comel merenung tajam ke arah Elis seolah-olah berkata ‘ BODOH’

P/S:  NAMA WATAK TIADA KAITAN DI ANTARA YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.

Thursday 27 October 2011

Cerita Dongeng

HAHAHA....cerita ini juga dah ada dalam  Zine: ZSM Dongeng. Jangan LUPA download untuk keseluruhan Zine


Satu masa dahulu, ada satu makhluk bersayap bernama Luna. Dia berasal dari kawasan perbukitan yang tidak diketahui nama di Banjaran Himalaya. Luna yang ketika itu masih muda remaja, ingin merantau untuk melihat dunia luar. Lalu, dia meminta kebenaran daripada ayahandanya yang bernama Justin Biebal.

“ Daddy, izinkan Luna merantau mencari ilmu dan pengalaman. Untung-untung, Luna bawa balik menantu untuk daddy.” Pujuk Luna sambil mencabut uban di kepala ayahandanya.

“ Baiklah kalau itu yang kamu minta. Tapi dengan satu syarat. Luna tidak dibenarkan menggunakan sayap. Merantaulah dengan menggunakan kedua belah kakimu. Jika syarat ini di langgar, muka kamu akan ditumbuhi jerawat batu yang banyak.” Itu kata putus dari ayahnya, Justin Biebal.

Esoknya, Luna memulakan perjalanannya. Segala bukit bukau di daki, sungai direnangi. Syarat ayahnya supaya tidak menggunakan sayapnya untuk terbang dipatuhi. Takut berjerawat batu pula mukanya yang agak cun itu. Setelah 2 hari 2 malam berjalan tanpa henti, Luna ternampak sebuah Istana. Istana itu sangat cantik, dipenuhi bunga-bungaan. Nama istana itu adalah Istana Bunga berdasarkan signboard yang terdapat di situ. Dia berhajat untuk singgah di sana. Mana tahu, dapat berkenalan dengan putera raja yang hensem. Tetapi hajatnya terbantut apabila pengawal istana itu mengatakan putera raja baru saja nikah pagi semalam dengan Cinderella.

“ Cisss…melepas aku.” Kata Luna sambil berlari-lari anak dengan keadaan yang kecewa.
Dengan tidak sedar, dia akhirnya sampai di Bukit Merah. Ia terletak di sebuah Negara yang dipanggil Temasik (Singapura..sila rujuk buku sejarah). Namun, Luna dianggap silap ‘time’ sampai ke Negara itu kerana ketika itu Temasik di serang ikan todak. Ramai orang yang mati. Ketika itu, benteng pokok pisang baru hendak didirikan.

Luna dengan cepat dan cuak, segera beredar dari situ. Harapannya untuk bermalam di situ berkecai. Badannya sudah penat dan berbau. Akhirnya dia sampai di satu tempat yang agak sunyi dan seram. Dicarinya signboard. Tahulah dia kini berada di Pulau Hantu. Segera Luna menGoogle untuk mencari maklumat tentang pulau itu. Rupanya pulau ini diberi nama pulau hantu kerana ada satu hari, 2 orang pahlawan bertarung di sini. Jin Laut yang menjaga pulau ini marah kerana kawasannya dikotori dengan darah dan membutakan mata kedua pahlwan tersebut. Nak dijadikan cerita, kedua pahlawan itu mati sebab tertetak diri masing-masing. Jin Laut yang kena marah dengan Dewa, menguburkan jasad keduanya di situ.

Pada keesokan pagi, Luna meneruskan perjalanannya. Ketika ini, dia sedang melalui sebuah hutan rimba. Sedang asyik dia berjalan, dia ternampak sebuah istana yang buruk dan menyeramkan. Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan menuju ke istana itu. Luna yang ingin tahu, segera memanggil lelaki itu.

“ Encik, nak buat apa masuk dalam istana tu? Ada harta juta-juta ke?” Tanya Luna.

Lelaki yang memakai persalinan seperti putera raja itu, menggaru-garu kepalanya sambil menjawab “ Eh, bukan. Di dalam sana ada seorang puteri yang tidur tak bangun-bangun. Alah, ‘Sleeping Beauty’ yang orang selalu cerita tu la.” Jawabnya.

Luna yang agak ‘frust’ mendengar jawapan itu, mengekori putera itu masuk ke dalam istana. “ Minta-minta puteri tu muka buruk” desis hati Luna. Namun, dia kecewa apabila melihat puteri itu agak cantik juga orangnya. Putera itu mencium puteri yang tak sedarkan diri itu. 5 minit kemudian, ‘Sleeping Beauty’ itupun sedar dan diorang jatuh cinta. Luna dengan hati sebal, meninggalkan mereka.

Tutt..tuttt…

Kedengaran bunyi ‘alarm’ mesej dari henfon Nokia 3310 miliknya. Luna segera menekan butang ‘read’ untuk melihat gerangan yang menSMSnya. Rupanya dari ayahnya Justin Biebal. Mesej itu berbunyi:

‘ Sila balik sekarang. Ada orang masuk meminang.’

Luna yang membaca pesanan itu melompat-lompat kegembiraan. Akhirnya dia terbang menggunakan sayapnya untuk balik ke negaranya setelah mendapat SMS kedua dari ayahnya.

‘ Gunalah sayap tu. Daddy tipu je syarat haritu’

Sekiannnnn……  :p

8488

Yang ini telah keluar dalam Zine: ZSM Pecahan Personaliti. Sekadar mempromosikan ZSM. Jangan lupa download full zine untuk banyak lagi cerita yang hebat-hebat dari penulis-penulis yang hebat-hebat.

HEHEHEHE


Suasana pagi yang mendamaikan. Kabus masih lagi kelihatan. Sejuk. Itulah yang dirasakan Hanif sambil memandang kawasan sekitar rumah banglonya dari balkoni bilik. Tubuhnya terasa amat penat tatkala bangkit dari tidur. Hairan, padahal malam tadi dia tidur seawal 10 malam. Tanpa menghiraukan penat yang masih membelenggunya, dia ke bilik air. Mandi.

Matanya tiba-tiba terpandang secalit tompokan merah di dada menerusi cermin dihadapannya. Dahinya berkerut mengamati calitan tersebut. Apabila diamati, ia adalah darah yang sudah kering. Darah??? Hanif termenung sejenak. Dicari sekitar tubuhnya jika ada sebarang luka. Tiada. Takkan datang bulan pula. Mustahil. Bisik hatinya. Tidak mahu menyesakkan kepala otaknya, dia menyambung mandi.

Hanif termenung sendirian. Rumah banglo peninggalan arwah ibu bapanya terasa amat sunyi. Mak Nah, pembantu rumahnya belum lagi tiba.Sedang berjalan mengelilingi rumahnya, Hanif terpandang satu timbunan tanah seakan disitu baru sahaja ditanam dengan sesuatu. Dorongan perasaan ingin tahu membawanya mendekati timbunan itu. Digali tanah itu dengan tangan. Tiba-tiba dia terpegang satu objek, lantas menariknya keluar.

“Arghhhh!!!!” Hanif menjerit. Objek yang dipegangnya tadi adalah sebelah tangan yang dipotong. Darahnya terasa kering. Dia ketakutan. Tangan itu dikambusnya kembali. Deras dia berlari menuju bilik. Wajah pucatnya dapat dilihat daripada pantulan cermin. Badannya mula berpeluh. Kepala terasa berdenyut-denyut. Sakit. Dalam keadaan menahan kesakitan, dia terdengar satu suara yang mentertawakannya. Hanif cuba mencari punca suara itu. Namun, tidak ditemui. Kepalanya semakin sakit dan saat itu pula, matanya seakan gelap dan dia rebah ke lantai.


Malam itu, dia mencari mangsa lagi. Mangsa untuk memuaskan nafsunya. Matanya meliar memerhatikan gelagat-gelagat pelacur murahan yang mencari pelanggan di lorong gelap. Ah, itu bukan citarasanya sebenarnya. Tetapi malam itu dia seakan terdesak. Tiba-tiba matanya terpandang pada satu susuk tubuh yang sedang berlari. Semakin mendekat tubuh itu, dia dapat melihat riak ketakutan seorang gadis awal 20-an. Dia tersenyum. Enjin kereta dihidupkan lalu dia menghalang jalan gadis itu. Gadis yang ketakutan itu nyaris rebah. Terdengar jeritan ketakutan dari empunya badan.

“ Kenapa ni dik?” Tanya lelaki itu.

“ Saya dikejar orang jahat. Tolong encik, jangan apa-apakan saya.” Rayu gadis itu apabila lelaki itu mendekatinya. Segaris senyuman terukir dibibir lelaki itu.

“ Jangan takut. Saya bukan orang jahat. Saya polis. Kebetulan saya meronda di kawasan ini.” Jawab lelaki itu.

“ B..b..betul ke encik ni polis?” Tanya gadis itu seakan sangsi. Tetapi dengan keadaan dia sekarang, menghalang otaknya untuk berfikir lebih waras.
“ Betul, jom ikut saya ke balai. Kita buat laporan.” Pujuk lelaki itu lagi. Dia dapat rasakan umpannya seakan mengena sedikit masa lagi.

Gadis itu masih kaku disitu. Kakinya seakan berat untuk melangkah. Riak ketakutan masih lagi diwajahnya. Saat itu dia tidak tahu samaada untuk mengikut lelaki itu atau tidak. Melihat gadis muda itu masih tidak berganjak, lelaki misteri itu memberi kata dua.

“ Awak mahu ikut saya atau awak nak orang jahat itu dapat awak kat sini?”

Dek kerana takut, gadis itu segera mengikut lelaki itu masuk ke dalam kereta. Umpannya Berjaya. Dia tersenyum sambil melirik dengan ekor mata ke arah gadis itu di sisinya. Picagari yang sedia ada untuk habuan mangsanya sedia disisi. Tanpa menunggu lama, picagari yang mengandungi dadah itu di benam pada tubuh si gadis. Kepantasannya menyebabkan gadis itu tidak mampu melawan dan akhirnya dia terkulai tidak sedarkan diri.

Gadis itu sedar dari pengsannya. Tangan dan mulutnya diikat. Dalam keadaan samar, dia dapat melihat satu susuk tubuh yang sedang duduk di atas kerusi di hadapannya. Bilik itu dirasakan amat menyeramkannya. Lelaki yang disangka betul-betul polis itu mendekati dengan satu riak wajah yang menyeramkan. Sinis dan kejam. Lelaki itu melutut mengadapnya lalu ikatan yang mengikat mulutnya ditarik.

“ Takut?” Soal lelaki itu. Dia ketawa.

“ Awak penipu. Lepaskan saya. Awak jahat.” Gadis itu menjerit ketakutan.

“ Ya, aku memang jahat. Nak tengok aku jadi lebih jahat?” Balas lelaki itu sambil mengoyak baju gadis itu. Dia ketawa berdekah-dekah. Tanpa menghiraukan jeritan gadis malang tersebut. Akhirnya tanpa dapat melawan walau sedikit, gadis itu menjadi mangsa nafsu serakahnya yang menggila. Suara jeritan bertukar menjadi esakkan panjang. Tubuhnya sakit.

“ Kau nak aku lepaskan kau?” Tanya lelaki itu.

“ Tolongkah lepaskan saya. Saya tak kenal awak, kenapa buat saya macam ini. Tolonglah. Lepaskan saya. Saya janji takkan bagitahu polis.” Rayu si gadis minta dilepaskan. Lelaki itu ketawa mendengar rayuan mangsanya. Dia suka mendengarnya. Amat suka mendengar rayuan mangsanya minta dikasihani. Dia mundar mandir di hadapan gadis itu. Sambil tangannya mengeluarkan sebatang rokok. Agendanya masih belum tamat.

“ Baiklah aku lepaskan kau. Aku akan biarkan kau bebas dari semua ini.” Kata lelaki itu setelah habis sebatang rokok dihisap.

Gadis itu berasa lega. Tangisannya semakin reda. Lelaki itu mendekatinya. Wajah gadis itu diusap lembut.
“ Aku akan bebaskan kau. Aku akan hantar kau…….ke syurga.” Tanpa menunggu lama, sebilah pisau dibenamkan tepat di dada gadis itu. Suara teriakan dan jeritan memecah suasana. Dan akhirnya, gadis itu benar-benar bebas. Bebas dengan tragis. Lelaki itu ketawa. Pisau yang melekat di dada ditarik. Tidak cukup dengan itu, muka mangsanya di toreh-toreh. Rabak.

Darah merah pekat membasahi kawasan itu. Titisan darah yang masih melekat di bilah pisau dijilatnya. Dia benar-benar puas. Terdengar kokokan ayam menandakan pagi akan menjelma sebentar sahaja lagi. Tetapi pekerjaannya masih belum selesai. Diambilnya sebilah kapak yang sedia ada di bilik itu. Tanpa menunggu lama, mayat gadis malang itu dipotong kecil. Sedang asyik mengerat mangsanya, tiba-tiba kepalanya berdenyut. Sakit itu seolah-olah meramas otaknya menyebabkan di tidak dapat bertahan. Jeritan kesakitan keluar dari mulutnya. Dan akhirnya dia rebah. Pengsan.



Hanif terasa tubuhnya ditolak kasar. Dalam keadaan mamai, dia melihat sekumpulan polis sedang mengacu senjata ke arahnya. Dia terkejut melihat keadaan itu. Mimpikah dia?

“ Bangun!! Dan jangan cuba buat apa-apa.” Arah seorang polis kepadanya. Dalam keadaan terpinga-pinga, dia menurut. Terbeliak matanya melihat keadaan sekeliling. Darah merah membasahi lantai dengan satu mayat yang telah dipotong-potong. Dilihat tangan dan tubuhnya. Juga dilumuri darah.

“ Kenapa ni encik. Saya tak bersalah. Bukan saya yang buat semua ini encik.” Hanif meronta-ronta. Kata-katanya tidak dihiraukan. Tangannya digari. dia menangis teresak-esak. Cuba melepaskan diri. Tetapi tidak Berjaya. Di menangis semahu-mahunya. Sempat matanya memandang wajah Mak Nab yang turut berada disitu. Cuba meminta simpati. Tetapi tidak dihiraukan. Tangisannya semakin menggila dan seketika kemudian, dia ketawa berdekah-dekah. Tangisan dan ketawa menjadi satu. Dan kereta polis yang membawanya beredar dari rumah Banglo 8488 itu meninggalkan sepasukan forensik yang memeriksa mayat-mayat yang di gali sekitar rumah itu.


Catatan Si Psiko # 2

Jambangan bunga itu aku renung. Ia mengingatkan aku pada si pengirimnya. Jika dulu, aku melonjak riang tika menerima jambangan seumpama ini. Namun kini, aku benci. Lalu jambangan itu aku bawa mendekati rongga hidung. Aku hidu. Arghh…bau tahi. Walaupun hakikatnya bunga itu wangi. Jambangan bunga cantik itu perlahan-lahan aku lihat terlerai satu demi satu. Bertaburan. Dan aku lihat ianya berubah menjadi longgokan sampah-sampah busuk yang meloyakan. Ya, itu semua terjadi hanya di dalam kotak mindaku saja. 

KENAPA AKU BUAT BLOG NI??

Al-kisahnya pada pukul 12.00 malam 27 Oktober 2011...

Aku: bla bla bla bla bla

Dia: bla bla bla blog bla bla bla

Aku: bla bla bla bla malas bla bla

Dia: Kau pemalas...bla bla bla

Aku: Bla bla bla.... Memang malas...


-
-
-
-
-
-
sembang punya sembang

Dia: Kau pegi bukak blog sekarang satu. Aku tampaq sat lagi. Cepat...cepat...cepat

Arghhh!!!!

****

maka terwujudlah lieyannaesmeralda.blogspot.com

DAN

Beliau yang bertanggungjawab itu adalah empunya blog yang femes lagi merengmahawangsa tuh...bloghok



KIHKIHKIH

Puisi Gila

Gila
Ya, aku gila
Gila mengejar impian
Gila untuk menggapai angan
Walau tak tercapai dek tangan
Biarpun hanya di awangan
Aku tak peduli
Kerana obsesi inilah
Aku hidup
Biarpun pernah jatuh tersungkur
Jiwa pernah hancur
Kerana kegilaan ini
Menyuntik semangat meneruskan hidup
Dan aku yakin
Kegilaan ini akan di bayar
Dengan impian yang ku genggam

Catatan Si Psiko # 1

Air mata dan hidung tidak segan silu mengalir. Terasa cairan-cairan itu mendatangi mulutku. Masin. Jantan keparat di sebelahku hanya membisu. Tangannya yang bersilang kebelakang sudah berhenti bergerak. Mukanya biru. Mungkin masih terasa perit bila 2 biji guli selamat menyelusuri salur kerongkong. Keinginanku untuk menunjukkan aksi karate tali pinggang merah meronta-ronta di jiwa. Entah mengapa amarahku menggila apabila melihat kebisuan lelaki itu. Namun yang pasti, amarah itu adalah himpunan rasa-rasa sakit yang lama menjeruk di hati. Andainya di solidkan, ianya seumpama naskah yang tebalnya 200 muka surat. Lighter pink aku keluarkan. Tanganku gian untuk membakar. Ku halakan nyalaan lighter itu ke bahagian pemusnah kaum hawa. Bahagian yang meninggalkan titik hitam dalam hidupku waktu dulu. Bahagian yang menjadi kemegahan jantan-jantan jongos ku biar menjadi santapan api. Dan lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa lagi selain menggelupur tanpa mampu melawan lagi. Ya, gianku terubat seketika.


p/s: HAHAHAHAHA

SMS

Cerpen ini aku dah siarkan kat blog ZSM sebenarnya....tapi tak apalah...aku punya jugak kan..

***

Tuttt…tuttt

Deringan tanda satu pesanan ringkas masuk terpampang di skrin handphone. Latif mencapai handphone yang terletak di meja study.

1 Message Receive

Butang ‘read’ di tekan. Pesanan dibaca penuh minat.

-          ‘Kau lelaki. Dapatkan kembali dia. Rampas kembali kekasih kau. Tak guna kau bersedih begini.’

Latif menekan ‘reply’

-          ‘Aku tak mampu. Siapa aku untuk buat begitu’.

Teks balasan daripada SMS yang diterima tadi di hantar. Beberapa minit kemudian, satu lagi SMS di terima. Mereka berbalas SMS beberapa ketika.

-          ‘Kau mampu!! Tunjukkan keberanian kau. Kau lelaki hebat’.

-          ‘Bagaimana jika dia tidak kembali pada aku?’.

-          ‘Bodoh!! Belum berjuang kau sudah mengalah. Kau hanya mahu lihat dia gembira disana sedangkan kau merana begini’?

-          ‘Tidak!!!!! Aku tidak rela melihat kebahagiaan dia. Aku tidak dapat hidup tanpanya.’

-          ‘Bagus….bagus. jadi kau kena bertindak sekarang. Dapatkan dia’.

-          ‘Aku takut gagal’.

-          ‘Jangan jadi dayus. Kau buat, kau akan dapat bersamanya’.

-          ‘Bagaimana? Tolong tunjukkan cara.’

-          ‘Kunci kebahgiaan ada di dalam bilik kau. Pergi. Gunakan ia. Kau tahu caranya. Bukan??? He he he’




Seminggu kemudian, apartment 316 di kerumuni ramai orang. Termasuk pihak polis dan forensik yang menjalankan tugas. Misteri bau busuk yang melanda blok Apartment Kemboja terungkai. Masing-masing yang berada di sana menutup hidung akibat tidak tahan dengan bau busuk. Kelihatan satu mayat yang reput berulat di tutupi plastik hitam. Misteri kematian penghuni apartment tersebut menjadi misteri. Tiada klu yang di temui melainkan sepucuk pistol, dua buah handphone dan sekeping keratan akhbar.

Hasil siasatan di dapati, kedua-dua handphone itu adalah milik mangsa, Latif bin Osman. Punca kematian adalah akibat tembakan di sisi belah kiri kepala.

Kandungan SMS di kedua-dua handphone menjadi tanya tanya pihak polis. Misteri kematian masih tidak dapat terungkai....

Ada sesiapa tahu??

He he he

- Lieyanna Esmeralda



Wednesday 26 October 2011

Puisi Pagi Buta

Memandangkan aku dipaksa oleh seorang hamba Allah ini untuk buat blog, ini entry pertama aku....PUISI PAGI BUTA yang aku karang dah lama.


hahahaha

Kutatap sekeping warkah usang
Yang terkarang bait-bait puisi indah
Ku ulang baca buat sekian kali
Indah
Kata-kata itu menusuk kalbu
Mata terpejam
Bagaikan menghayati kemerduan suara alunan puitis itu
Warkah biru itu ku dakap
Erat…kemas
Ku ibaratkan seperti memeluk dirinya
Dan kenangan tiba-tiba datang bertandang
Aku terawangan melayari kisah silam
Ahh…alangkah indah
Aku asyik keseorangan
Dengan iringan air mata jernih
Yang lahir dari jiwa yang pedih
Aku seolah-olah tiada upaya terhadap diri
Di biar hanyut bersama emosi
Biarkan aku
Izinkan aku berfantasi
Cuma kali ini