Tuesday, 1 November 2011

Anamilla, Si Pari Comel

Zine paling terbaru, edisi ZSM Pari-pari. Download full zine: ZSM Pari-Pari di ruangan koleksi ZineSatuMalam


Anamilla, sang pari-pari kecil sedang seronok berterbangan di antara mekar bunga-bunga di taman. Seperti selalu, dia mengingkari arahan Aroha, ayahandanya supaya tidak ke dunia manusia. Bahaya kononnya. Selama dia ke dunia manusia, tidak pernah lagi dia ditimpa bahaya. Dia suka bermain disini. Tiada gangguan.

Kamal memerhatikan makhluk bersayap itu di balik tingkap biliknya. Sudah beberapa kali dia perasan akan kehadiran makhluk itu. mulanya, dia menyangka itu adalah si rama-rama yang riang beterbangan di taman yang menghadap biliknya itu. Kamal tersenyum sendiri. Kali ini, dia ingin mendapatkan makhluk itu. walau apa cara sekalipun.

Anamilla, si pari-pari kecil tidak menyedari bahawa dia diperhatikan. Dengan riang, dia terbang. Singgah dari kuntum ke kuntum bunga yang sedang mekar. Menghirup madu yang manis dan wangi. Sesekali dia menari kegembiraan di kuntuman bunga matahari yang besar. Rama-rama dan kupu-kupu juga ikut menari bersamanya.

Dari dalam rumah, Kamal menyediakan beberapa kuntum bunga segar. Dibawanya keluar rumah. Berhati hati supaya makhluk kecil itu tidak terkejut lalu lari. Perlahan dia menapak menghampiri rimbunan bunga-bunga segar. Kamal melutut dengan tangannya memegang jambangan bunga. Menanti. Kehadirannya masih belum disedari Anamilla.

Anamilla yang leka bermain dengan bunga-buangaan, tiba di jambangan bunga yang di pegang Kamal. Dia masih menari riang. Kamal tersenyum sambil memandang keayuan wajah Anamilla.

“ Hello si kecil yang cantik.” Sapa Kamal. Berhati-hati.

Anamilla yang leka dengan bunga-buangaan tersentak. Lantas kepalanya di dongakkan. Manusia!! Anamilla terkejut lalu terjatuh di atas tanah. Dia cuba untuk lari. Namun di tahan Kamal.

“ Tunggu. Saya bukan ingin apa-apakan kamu.”

“ Manusia jahat. Saya tidak percaya pada kamu.”

“ Kalau begitu, kenapa kamu ke sini?”

Anamilla terdiam. Dia begitu takut. Manusia di depannya berpuluh kali lebih besar daripadanya.

“ Saya hanya ingin berkawan dengan kamu. Sudah beberapa kali saya melihat kamu bermain di taman ini. Jangan risau saya tidak berniat jahat.” Terang Kamal.

“ Be..betul kamu tak akan apa-apakan saya?” Anamilla mula yakin bahawa Kamal tidak akan mengapa-apakan dia.

“ Ya, saya ikhlas. Nama saya Kamal, apa nama kamu? Dan dari mana kamu datang?”
“ Saya Anamilla. Dari dunia pari-pari yang bernama Skirodes. Saya anak kepada pemerintah Skirodes yang bernama Aroha.” Jawab Anamilla.

“ Anamilla…sedap nama itu. Jadi kamu adalah pari-pari? Wow!! Selama ini saya sangka pari-pari hanyalah dongeng.”

“ Dongeng pada mereka yang tidak tahu kewujudan kami. Lagipun, memang kami menghindarkan diri dari di ketahui oleh manusia.”

“ Kenapa?”

“ Sejak dulu, kami selalu di beritahu bahawa manusia itu jahat dan akan menyebabkan bangsa kami dalam bahaya jika mereka tahu kewujudan kami.”

“ Tidak semua manusia itu jahat, wahai Anamilla.”

“ Saya tidak tahu.”

“ Tidak mengapa. Mari, ikut saya ke dalam rumah sana. Kita mengenali lebih lanjut mengenai diri masing-masing. Tambahan pula, saya ada madu yang lebih istimewa. Mesti kamu mahu cuba bukan?”

“ Err…madu istimewa?” Anamilla teruja.

“ Ya, mari.” Ajak Kamal. Dia merendahkan tapak tangannya dan mengisyaratkan Anamilla supaya naik ke atasnya. Kamal membawa Anamilla yang duduk di atas tapak tangannya masuk ke dalam rumah.

Anamilla terpegun melihat keadaan dalam rumah Kamal. Segala perabut yang ada adalah asing baginya. Anamilla ditempatkan di atas meja makan milik Kamal.

“ Kamu tahu, Anamilla, saya tinggal di sini keseorangan. Tanpa ayah dan ibu. Hidup sya sunyi.” Luah Kamal tanpa dipinta. Sambil itu, dia meletakkan sesudu madu lebah di dalam sebuah piring untuk Anamilla.

“ Mereka semua di mana?” Tanya Anamilla. Dia teruja dengan bau madu lebah yang diberikan Kamal.

“ Mereka sudah meninggal.”

“ Meninggal?”

“ Mati.”

“ Oh…err…ini madu apa?”

“ Madu lebah. Sedap?”

“ Sedap.” Anamilla tersenyum comel. Habis sepiring madu di makannya. Perutnya terasa amat kenyang.

“ Kamal, saya harus pulang.”

“ Pulang? Kenapa? Tinggallah di sini dulu.”

“ Tidak boleh. Saya khuatir ayahanda saya akan sedar akan ketiadaan saya di Skirodes. Saya harus pulang segera.”

“ Jangan!! Temanilah saya di sini. Saya perlukan teman.”

“ Saya akan temani kamu di lain waktu. Sekarang saya harus pulang dulu. Saya janji akan kembali.”

“ Kamu janji Anamilla?

“ Ya.”

“ Baiklah. Esok, saya akan menunggu kamu di taman.”

Anamilla tersenyum. Lantas dia terbang mendekati Kamal, lantas pipi lelaki itu di cium. Kamal kaget. Namun dalam hatinya terbit rasa bahagia. Anamilla terbang lalu, hilang dari pandangan.

***
Keesokan harinya

Kamal menunggu Anamilla di taman seperti yang dijanjikan. Dan, tidak lama kemudian Anamilla tiba. Kamal tersenyum senang.

“ Hai, Anamilla. Saya tahu kamu akan menepati janji.”

“ Sudah saya katakan, saya akan datang. Membawa lebih kegembiraan pada kamu. Dan saya akan menghapuskan kesunyian kamu itu.”

Kamal ketawa. Anamilla tersenyum.

“ Betapa gembiranya saya mendengarnya, Anamilla.”

“ Kerana itu, saya datang membawa kawan-kawan saya.”

Kamal medongak ke langit. Terkejut apabila melihat jumlah pari-pari yang amat ramai. Beribu!! Anamilla yang perasan riak cuak di wajah Kamal lantas berkata.
“ Memandangkan kamu sudah mengetahui akan kewujudan saya dan kaum saya, maka kamu harus dihapuskan.”

“ Apa?!! Kenapa Anamilla? Saya tidak menyakiti kamu!!” Kamal terkejut.

“ Ya, saya tahu. Malangnya setiap manusia yang pernah mellihat kami akan dihapuskan.”

“Tidak!!!”

Serentak dengan itu, ribuan pari-pari menyerbu ke arah Kamal. Taring yang selama ini di sembunyikan, terbenam di setiap inci tubuh Kamal. Kering darah di hisap. Tubuh kaku Kamal rebah ke bumi.

****
sebelum itu

Ada mangsa terbaru yang sudah aku perangkap. Esok, ada makanan untuk kamu semua. Bosan bukan asyik menikmati madu?” Kata Anamilla kepada kaumnya.

Aroha, pemerintah Skirodes hanya tersenyum bangga. Bangga dengan Anamilla, pewaris tahta Skirodes. Negara pari-pari penghisap darah!!!












6 comments:

  1. itu lah, si kamal ni tak jaga

    kebersihan taman...kan dah jadi

    tempat 'pari-pari' aedes membiak!

    hahaha..."hapuskan aedes, hapuskan denggi!"

    ReplyDelete
  2. gilew r..menakotkan! xnk jumpe pari2...haha

    ReplyDelete
  3. nur asmaa : thanks...hehe

    ctk: haha...ni pari2 lain dari yg lain...

    ReplyDelete