HEHEHE
Tajuk: Hadiah Untuk Ayah
by: Lieyanna Esmeralda
Pak Seman memandang beca buruk miliknya. Beca yang banyak berjasa kepadanya dan sumber rezeki membesarkan dua anaknya.
“Hmmmm….”
Orang tua itu hanya mampu mengeluh mengenangkan kedua orang anak bujangnya. Ya, kedua anak itu sangat disayanginya walaupun keduanya bukanlah anak kandungnya. Zaim dan haziq adalah harta yang amat bernilai baginya.
“ Ayah, jom masuk. Makan malam dah sedia.” Panggil Zaim. Anak muda itu amat disenangi olehnya. Baik dan taat pada agama. Tapi sayangnya, dia tidak seperti orang lain.
“ Iyalah, kamu masuklah dulu. Ayah menyusul sekejap lagi.” Balas si ayah perlahan. Sementara itu, matanya menangkap susuk tubuh Haziq yang baru pulang dengan motosikalnya. Pak Seman tidak mempedulikannya. Dia segera masuk ke dalam rumah.
Haziq memakir motosikalnya di halaman rumah. Hatinya panas. Panas disebabkan kalah judi hari ini. Dipandang rumah buruk dengan hati sebal. Sungguh dia tidak suka balik ke sini.
“ Haziq, mari makan nak. Kita makan sama-sama.” Panggil si ayah apabila melihat Haziq melintasi ruang dapur.
Haziq dengan muka selamba menapak ke arah dapur. Dipandang pada hidangan di atas meja. Mulutnya mencebik tatkala melihat hidangan tersebut. Not my taste…bisik hatinya.
“ Sardin??” haziq mengejek.
“ Bukan selera akulah setakat sardin bodoh ni. Korang sajalah makan.” Tambah haziq lagi.
Pak Seman terdiam mendengar cemuhan anak angkatnya. Hatinya sayu. Betapa selama ini dia tidak mampu menyediakan kehidupan yang mewah kapada anak-anaknya. Hati tua itu dipagut sebak. Zaim yang melihat reaksi ayahnya di bakar rasa geram. Mukanya merah. Dia tidak dapat bersabar lagi melihat ayahnya selalu diherdik oleh Haziq yang tidak mengenang budi.
“Abang Haziq jangan melampau. Kalau taknak makan, sudah. Jangan buat ayah sedih macam ni. Tak sedar ke abang, dengan sardin inilah dia menyuap mulut kita samapi besar?” Zaim meluahkan ketidakpuashatinya.
“ Ahh…sudahlah kau Zaim, kau siapa nak cakap macam tu pada aku?” haziq naik angin di ‘sound’ oleh zaim. Muka Zaim dipandang sinis.
“ Sudah…sudah…jangan bergaduh depan rezeki ni…tak baik. Haziq, ayah mintak maaf kalau selama ini ayah tidak mampu bagi makan yang sedap-sedap kepada kamu berdua. Tapi bersyukurlah pada rezeki yang ada. Sudahlah kalau kamu tak mahu makan. Pergilah mandi, berehat.” Pak Seman cuba meleraikan pergaduhan anak-anaknya.
“ Berdosa abang buat ayah kecik hati. Walaupun ayah bukan ayah kandung kita, tapi dia yang besarkan kita. Dengan beca buruk itulah dia sekolahkan kita. Kalau ayah tak kutip kita dulu, entah-entah kita tak ada di dunia ni. Abang patutnya bersyukur. Sudah tiba masanya kita balas jasa ayah. Bukan membebankan ayah lagi. Sudah-sudahlah berjudi. Zaim tahu, abang juga dah pandai ambil dadah kan . Tinggalkan benda-benda tak guna tu.” Zaim geram. Tidak sedar segala yang terbuku di dadanya selama ini terluah.
“ Hoii…kau siapa nak nasihat-nasihat aku?! Kau ingat kau baik sangat? Suci? Sedarlah diri tu ada HIV. Entah mana mak kau dulu menyundal. Nak nasihat aku konon. Kau tak layak. Bersyukur? Hahhh…kalau aku bersyukur, aku boleh kaya ke? Dan kau orang tua, kau bukan ayah aku. Tak payah nasihatkan aku lagi.” Ejek Haziq lalu meninggalkan Zaim dan ayahnya. Hatinya bertambah panas.
Zaim berang. Selera makannya terbantut. Dia beredar dari meja makan menuju ke belakang rumah. Pak Seman tidak sempat menahan zaim. Tubuh tua itu terduduk di kerusi plastik yang sudah buruk. Air matanya menitis. Kasihankan Zaim yang di hina Haziq, namun untuk memarahi Haziq, suaranya seakan tidak keluar.
Dammmm!!! Pintu bilik di tendang Zaim. Haziq yang enak berbaring di tilam lusuh miliknya terkejut. Bulat matanya apabila terpandang kapak di tangan Zaim.
“ Kau ni kenapa setan?! Dah gila ke?!!!” Pekik Haziq. Berdebar hatinya melihat Zaim yang berang.
“ Kau tu yang setan!! Aku bunuh kau Haziq!!!! Kau tak layak hidup!!” Zaim naik hantu. Dia sudah hilang kawalan. Serentak dengan itu kapak ditangannya dilibas pada Haziq.
Arghhhhhh!!!!!! Kedengaran jeritan yang nyaring memecah keheningan malam.Tidak sampai seminit, keadaan kembali sunyi.
Pak Seman yang tidak sempat berbuat apa-apa, terjelopok di lantai melihat darah yang membuak-buak dari badan haziq. Haziq pula sudah kaku di tilamnya. manakala Zaim terduduk mengadap Haziq. Zaim berpaling memandang ayahnya.
“Ayah……ini hadiah untuk ayah.” Ucap Zaim sambil tersenyum.
p/s: cerita ini tak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah mengadap Ilahi
ko punyer entri sangat menakutkan taw x. huuu~
ReplyDeleteher her her.... :P
ReplyDeletehuhuhuhu...sedih ada jugak, seram ada jugak...terkejut pun ada jugak....
ReplyDeletenice sharing....
New Entry: 02- The meaning behind your blog name
Jom buat Cabaran 30 hari
ya inilah pulp fiksyen
ReplyDeletekejamnye tp demi ayah ku snggup