Ini juga salah satu yang terkandung dalam ZSM: Sci-FI. Macam biasa, download keseluruhan zine ini untuk banyak lagi koleksi fiksyen sains yang hebat, dari barisan penulis yang hebat.
HEHEHE
HEHEHE
***
Mangsa by Lieyanna Esmeralda
Tubuh Hairi yang barada di atas sebuah katil bedah terasa sengal-sengal. Keadaan terikat itu menyebabkan dia tidak dapat bergerak. Kepala masih lagi pening. Antara mamai dan tidak. Seharian terperangkap di makmal lama itu menyebabkan badannya terasa longlai.
Cit!! cit!! cit!!
Matanya terarah pada satu sangkar besi di hadapannya. Kelihatan 3 ekor tikus sederhana besar di dalamnya. Tikus untuk ujikaji barangkali. Bisik hatinya. Dia mula menyelongkar keseluruhan keadaan makmal. Setiap inci yang mampu dilihat oleh matanya diperhatikan. Kelihatan bersusun larutan cecair-cecair kimia di sebuah rak khas. Acetic Acid Glacral, Acetone, Hydrochloric Acid, Ethanol, Sulfuric Acid, dan macam-macam lagi bahan kimia yang agak susah ejaannya.
Kedengaran pintu makmal di buka. Kelihatan seorang lelaki berpakaian ala saintis menapak masuk. Topeng yang menutup mata sehingga separuh batang hidungnya menyukarkan Hairi mengecam orang itu. lelaki saintis itu menghampiri Hairi.
“ Aa..aak..aku di mana?” Hairi cuak. Senyuman sinis lelaki itu menyebabkan segala bulu roma di badannya meremang.
“ Selamat datang ke Bama.”
“ Bama?”
“ Kau kini berada di dunia aku. Planet ini di namakan Bama. Bama adalah sama seperti Bumi. Tiada bezanya. Hanya di pisahkan oleh galaksi yang berlainan.” Terang lelaki saintis itu.
“ Bagaimana aku boleh sampai ke sini? Apa yang kau nak buat pada aku??”
Lelaki saintis itu hanya ketawa. Tanpa menjawab pertanyaan Hairi, lelaki itu menuju ke meja ujikajinya. Kelihatan beberapa bekas berisi cecair yang tidak di ketahui oleh Hairi di atasnya. Lelaki saintis itu mencampurkan beberapa jenis cecair ke dalam sebuah tabung uji. Asap berkepul-kepul keluar dari bekas berisi campuran cecair itu. Lelaki saintis itu kemudiannya mendekati sangkar yang menempatkan tikus-tikus tadi. Diambil seekor. Dibawa ke meja ujikaji. Satu picagari bersaiz kecil dibenamkan pada tikus itu. kelihatan cecair merah memenuhi picagari. Dan darah itu di masukkan ke dalam larutan cecair tadi.
Hairi mula berpeluh peluh. Tubuhnya tanpa baju terasa sejuk. Lelaki saintis tadi datang mendekati Hairi sambil membawa satu picagari yang bercampur larutan kimia dan darah tadi yang agak besar saiznya.
“ Jangan takut. Aku hanya ingin jadikan kau seorang manusia hebat.”
“ Kau gila! Kenapa aku!! Kenapa aku!! Jangan!!!”
Lelaki saintis tadi tidak mempedulikan jeritan Hairi. Cairan itu tadi di suntik masuk ke dalam tubuh Hairi. Hairi meronta-ronta. Matanya terbeliak. Tidak sampai 10 saat, badan Hairi di tumbuhi bintik-bintik merah. Diikuti dengan bulu-bulu kasar yang tumbuh jarang. Mukanya pula bertukar bentuk separa tikus dengan sepasang taring yang amat tajam. Lelaki saintis tadi ketawa puas. Misinya berjaya.
“ Dengar sini. Aku adalah tuanmu. Kau akan ikut segala arahanku. Faham.” Kata lelaki saintis itu kepada Hairi. Dialog yang di pinjam dari sebuah cerita di televisyen.
Namun Hairi seolah-olah tidak mempedulikan kata-kata itu. tubuhnya panas. Terasa tenaganya lebih kuat daripada biasa. Otot-otot tubuhnya semakin membesar. Tali pinggang yang melingkari tubuh, tangan dan kakinya mulai putus. Jeritan Hairi menggegar suasana. Dia mengamuk. Dirinya mula di penuhi sifat kebinatangan. Hairi mendekati sangkar tikus. Dipijaknya sangkar itu sehingga kemek. Tikus yang ada di dalamnya turut sama lenyek.
Hairi memandang lelaki saintis tadi. Satu renungan tajam di lemparkan beserta air liur hijau pekat mengalir. Di hampiri lelaki itu. lelaki saintis itu yang menyangka Hairi mengenali dia sebagai tuan tersenyum senang. Senyuman itu mati apabila Hairi mengcengkam lehernya dan mengangkatnya terawangan.
“A…aaa..a...aku tu..ttuuann…mu. Le…lepp..as..kan . ” Lelaki saintis itu cuba menerangkan pada Hairi siapa dirinya. Namun, Hairi tidak mempedulikannya. Sifat kebinatangan sudah sebati dalam dirinya saat itu. Semua yang hidup di hadapan matanya tidak di biarkan lepas.
“ Cit..cit..Kau yang menjadikan aku begini. Kau tidak layak jadi tuan aku. Kau akan mampus. Lahanat!!” Pekik Hairi. Air liur terpercik di muka lelaki saintis yang mulai biru.
Hairi menguatkan cengkamannya sehingga satu bunyi ‘krakk’ terhasil. Leher lelaki saintis itu patah. Nyawanya juga turut melayang. Tubuh kaku itu di campak ke lantai. Muka lelaki itu di cakar-cakar sehingga hancur. Tidak cukup dengan itu, kedua tangan di gigit dengan gigi tajamnya sehingga putus. Hairi seoalah-olah sedang membaham mangsanya. Tubuh yang tadinya sempurna kini koyak rabak dan putus sana-sini.
Hairi meraung sekuat hatinya. Sifat marah merasuknya. Pintu makmal di tendang. Maka bermulalah satu kehidupan baru Hairi di Planet Bama dengan imej yang baru…
p/s: ada komen?? sila tinggalkan di ruangan bawah :p
p/s: ada komen?? sila tinggalkan di ruangan bawah :p
knp citer ni panjang sgt...haha
ReplyDeleteHahaha...panjang sangat?? tak kot....ada yg lagi panjang
ReplyDeletekalau didetailkn pengembaraan hairi tu msti lagi bes kn..tp dh ok ending mcm tu..buat orng terpikir2 sndiri
ReplyDelete_PUCCAnis_
PUCCAnis: yep...aku pun rasa camtu jugak...hehe :P tq ye..
ReplyDeletecemana nak download zine2 ni semua? dah try tapi tak bleh lak.. huhu
ReplyDelete