Dia menyusup pantas di antara kereta-kereta yang terletak di tempat letak kereta kondominium Alpha. Sambil membetulkan topeng kelabu dimukanya, matanya tidak terlepas memerhatkan susuk tubuh yang segak berkot yang berada beberapa meter dihadapannya. Apabila melihat orang itu mula membuka pintu kereta, dia cepat-cepat mampir lalu menolak tubuh itu.
“Siapa kamu!” tanya orang itu. Ada bunyi riak ketakutan.
“ Tuan Sidik?” Tanya lelaki bertopeng itu.
“ Err…ya…ya saya. Kamu siapa? Mahu apa?”
“ Kenal Wan Mahmud? Dia mengutus aku untuk menghantar kamu ke……neraka!!” Jawab lelaki bertopeng itu sambil mengacukan pistolnya yang lengkap dengan silencer tepat ke dahi Sadik. Tidak sampai 5 saat, Sadik terkulai tidak bernyawa. Percikan darah mengotori kawasan itu. Ngeri.
Fadli duduk bersandar memerhatikan foto keluarganya yang kian dimamah usia. Ayah, ibu, kakak,adik perempuannya dan di bahagian tepi sekali bahagian kiri adalah dirinya. Sayangnya kesemua mereka sudah kembali ke sisi Tuhan. Dia mengeluh lemah. Pilu mengingatkan kejadian sepuluh tahun lepas. Keluarganya menjadi mangsa pembunuhan kejam. Cuma nasibnya baik kerana tinggal di asrama. Seakan gila dia menerima berita menyayat hati itu.
Menurut siasatan polis, motif pembunuhan adalah dendam. Namun, dalang disebalik kejadian tidak dapat di jejak. Seakan ada satu kuasa yang menghalang. Akhirnya, kes itu masih tidak selesai sehingga kini.
Senarai mangsa yang diburu dibelek satu persatu. Fail yang lengkap dengan gambar dan profil diri masing-masing. Masih berbaki seorang lagi yang belum selesai. Di luar sana , heboh dengan kejadian 3 pembunuhan yang masih belum selesai. Dia tersenyum mengenang keributan yang dilakukannya. Ketawanya pecah tatkala mengimbas kembali riak wajah mangsa-mangsanya. Mereka perlu dihukum. Bisik hatinya.
Magazine diperiksa. Untuk dipastikan ‘hadiah’nya penuh untuk mangsanya. Malam ini, satu lagi mangsa perlu di ajar. Sut serba hitam dipakainya. Gambar mangsa direnung penuh dendam. Jerung besar!! Orang itu mesti menerima akibat dari perbuatannya. Dia nekad. Pistol disisip rapi dan mula bergerak mencari sasarannya.
Tidak susah untuk dia menyelinap ke bangunan yang menempatkan sasaran terakhirnya. Senyap dan pantas dia mencari mangsa. Akhirnya dia tiba dipintu bilik yang dicari. Topeng muka di tanggalkan. Rambutnya dirapikan. Perhitungan terakhir itu dia ingin tamatkan dengan suasana yang berbeza. Pintu bilik ditolak tanpa diketuk.
“ Kamu siapa?” si jerung sasaran menjerkah ke arahnya. Namun dia tidak peduli. Senyuman dileretkan. Sinis.
“ Apa khabar Tan Sri Rashid?” Sapanya. Buat-buat ramah.
“ Kamu siapa? Macamana kamu boleh masuk ke sini?” Soal Tan Sri itu lagi. Sambil tangannya ingin mencapai telefon yang terletak dimejanya. Namun sempat dihalang.
“ Tunggu Tan Sri. Saya datang dengan niat baik. Cuma ingin dapatkan penjelasan dari mulut Tan Sri mengenai sesuatu perkara.” Kata lelaki itu. Tangannya segera mencabut wayar yang menyambung telefon tersebut.
“ Apa yang kamu mahu tahu!” Soal Tan Sri Rashid kasar. Debar mula menari di dadanya.
“ Rileks Tan Sri. Saya Cuma ingin tanya. Kenal Wan Mahmud?” Tanya lelaki misteri itu.
“ Wan Mahmud? Wan Mahmud mana ni? Aku tak tahu. Tak kenal.” Jawab Tan Sri Rashid. Namun ada getar di sebalik kenyataannya itu. Nama itu seolah-olah menjerut leher. Tabu untuk dirinya.
“Tak kenal? Baiklah cuba Tan Sri tengok gambar ini.” Ujar lelaki misteri itu sambil mencampakkan sekeping foto lama di hadapan Tan Sri Rashid. Jelas riak ketakutan di wajah tua itu.
“K…ka…kamu siapa? Apa yang kamu mahu? Apa kaitan kamu dengan arwah Mahmud?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Tan Sri Rashid.pucat mukanya jelas dia ketakutan.
“ Kenapa kau takut hah! Jawab soalan aku. Kenapa kau bunuh keluarga aku!! Apa dosa mereka pada kalian?Jawab!!! Jerkah lelaki itu. Kemarahannya sudah sampai dipuncak. Pistolnya dihalakan tepat dimuka Tan Sri Rashid.
“ A…aku..aku…mintak maaf. Aku tidak sengaja.Sumpah!!” Tan Sri Rashid mula menggigil. Di tahu kini dia berhadapan dengan siapa. Wajah seorang budak lelaki di gambar tadi sempat dijeling. Peluh mula menitik dari dahi.
“Tak sengaja kepala hotak kau!! Kerana sikap tamak, gila kuasa, kau dan 3 orang anjing kurap kau sanggup bunuh keluarga aku!!! Dan kau tanya aku siapa kan …..ini…waris tunggal dan terakhir Wan Mahmud akan menghantar kau bersama kawan-kawan kau ke neraka!!!” Saat itu juga, sebutir peluru tepat menembusi dahi Tan Sri Rashid. Tubuh tidak bernyawa itu tumbang kebelakang.
No comments:
Post a Comment