impian aku banyak
tetapi salah satunya aku sangat takut untuk genggam
kerana bimbang satu hari nanti ia juga terlepas
iaitu KAMU
Sunday, 27 January 2013
Thursday, 20 December 2012
secebis rasa
...ada sesekali,
aku teringin bagaimana rasanya menjadi malaikat maut. Meragut hidup insan-insan
yang kejam tidak berhati perut. Ternyata, impian karut itu hanya mampu
menari-nari di minda aku yang kadangkala biol menangisi kisah hidup. Apa
salahku pada mereka?
Tegarkah aku
mengotori tangan aku dengan setiap pekat merah darah mereka? Tidak. Aku tak
sanggup. Dan untungnya aku memang seorang penakut. Tidak layak untuk itu.
Dunia memandang
sinis terhadap aku. Mengadili aku begitu begini. Aku tahu itu.
Biarlah. Hanya Tuhan yang layak hakimi aku.
Biarlah. Hanya Tuhan yang layak hakimi aku.
Tuesday, 30 October 2012
Hati
…kadangkala, di
sudut kecil hati, terdetik mengapa sebegini getir ujian yang menimpa, dan waktu
itu, terasa seolah-olah dunia seakan tidak adil terhadap diri. Tipulah jika
tidak pernah rasa putus asa dengan hidup. Tipulah jika terasa kau sentiasa
tabah mengharungi segala pahit maung cabaran yang datang.
Aku manusia
biasa, yang kadangkala lupa adanya ’Dia’. Aku manusia biasa, yang khilafnya
sentiasa ada.
Aku manusia yang dosanya sentiasa ada.
Ampunkan aku Tuhan
Subscribe to:
Posts (Atom)