Thursday, 20 December 2012

secebis rasa


...ada sesekali, aku teringin bagaimana rasanya menjadi malaikat maut. Meragut hidup insan-insan yang kejam tidak berhati perut. Ternyata, impian karut itu hanya mampu menari-nari di minda aku yang kadangkala biol menangisi kisah hidup. Apa salahku pada mereka?

Tegarkah aku mengotori tangan aku dengan setiap pekat merah darah mereka? Tidak. Aku tak sanggup. Dan untungnya aku memang seorang penakut. Tidak layak untuk itu.

Dunia memandang sinis terhadap aku. Mengadili aku begitu begini. Aku tahu itu.

Biarlah. Hanya Tuhan yang layak hakimi aku.

Tuesday, 30 October 2012

Hati


…kadangkala, di sudut kecil hati, terdetik mengapa sebegini getir ujian yang menimpa, dan waktu itu, terasa seolah-olah dunia seakan tidak adil terhadap diri. Tipulah jika tidak pernah rasa putus asa dengan hidup. Tipulah jika terasa kau sentiasa tabah mengharungi segala pahit maung cabaran yang datang.

Aku manusia biasa, yang kadangkala lupa adanya ’Dia’. Aku manusia biasa, yang khilafnya sentiasa ada.

Diakui, pernah dengan angkuh aku berkata, ambillah nyawaku segera, supaya aku tidak perlu mengharungi dunia kejam ini. Pernah dengan penuh lagak, aku katakan alangkah eloknya esok adalah kiamat, agar dunia ini musnah bersama kekejaman. Ya, angkuh, bongkak. Walhal tidak terfikir cukupkah amalan yang hendak di bawa nanti?

Aku manusia yang dosanya sentiasa ada.

Ampunkan aku Tuhan

Tuesday, 27 December 2011

Bila Bulan Berwarna Biru #3

Titt titt

Isyarat menandakan satu SMS diterima. Enn mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja di hadapannya sambil matanya tidak lepas dari novel yang dibacanya. Pesanan dibuka.

‘Lokasi terkini?’

 Begitulah kandungan SMS yang dibacanya, dari Aiman. Jarinya laju membalas kembali SMS.

Taman. Ringkas saja dan segera dihantar.

‘ Cantek’.

Juga ringkas dari Aiman. Namun dia faham. Aiman sedang dalam perjalanan ke sini untuk bertemunya. Pembacaannya di sambung kembali.

***

Dari jauh Enn dapat melihat Aiman sedang berjalan menuju ke arahnya. Dibahunya tergalas set raket badminton. Dahinya berkerut apabila memandang satu beg kertas cantik di tangan Aiman.

“ Hoitt.” Sapa Aiman sejurus tiba di hadapan Enn.

“ Waalaikumussalam.” Balas Enn selamba. Aiman tergelak. Malu sendiri.

“ Err…Assalamualaiku Cik Enn.”

“ Kena perli baru reti nak bagi salam ye?”

“ Mintak sorry ye.” Aiman minta maaf.

“ Hmm…apahal nak jumpa aku ni?” tanya Enn.

“ Saja.” Balas Aiman ringkas.

“ Eh, beg apa tu? Cantik. Nak bagi buah hati ke? Hehe.” Tanya Enn sambil tersengih.

“ Buah hati apanya. Mana ada. Macam tak kenal aku pulak. Ni..err..untuk…”

“ Siapa? Dengan aku pun malu nak bagitahu?”

“ Untuk kau.” Aiman menghulurkan beg kertas itu kepada Enn.

“ Aku?” Enn pelik. Huluran beg kertas itu diambil berhati-hati. Takut Aiman mempermainkannya. Masih teringat kejadian 2 tahun lepas semasa mereka di Tahun 1 pengajian, Aiman mengusiknya dengan menghadiahkannya seekor ulat gonggok. Dia fobia!!

“ Ya, jangan risau aku tak letak ulat tu pun.” Terkekeh-kekeh Aiman ketawa bila meliat muka cuak Enn.

Lega mendengar kata-kata dari Aiman, Enn mengeluarkan isi yang terkandung di dalam beg tersebut. Sehelai selendang berwarna merah. Cantik. Hati Enn tersentuh.

Cantiklah Man. Thanks. Tapi untuk apa?”

“ Ermm..tadi aku pergi beli barang, kebetulan ternampak selendang ni. Aku rasa benda ni cantik. Jadi aku belilah sebab aku teringat esok harijadi kau kan?” Terang Aiman panjang lebar. Sambil tangannya mengaru-garu kepala. Tersengih.

“ Oh, ye? Ingat jugak kau ye harijadi aku.”

“ Hehehe mestilah ingat. Tapi aku harap kau tak kecil hati dengan hadiah aku kali ni.”

“ Maksud kau, sebab aku tak bertudung kan? Jangan risau. Aku faham dan aku tak kecil hati. Sebaliknya aku bersyukur dapat kawan yang sangat baik macam kau, Man.

“ Ok, lega aku dengar. Hehe dah tu, tunggu apa lagi. jom.”

“ Jom apa Man?”

“ Pergi nikah.”

“ Hah?”

“ Kau tak nampak ke apa yang aku bawa ni? Ini, raket badminton. Jadi mari kita lawan. Kau tu bawa-bawa la exercise sikit. Kang gemuk, aku jugak jadi mangsa tempat kau merungut.”

“ Ceh, gemuk sangat ke aku ni?” Enn tak puas hati.

“ Taklah, aku main-main je.”

“ Betul?”

“ Iya.”

***

“ Enn, esok kau ada kelas?” tanya Aiman sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Peluh yang menitik di dahi dikesat dengan tangan.

Ada.”

“ Pagi?”

“ Pukul 9 pagi. Kenapa?”

“ Jom pergi sama-sama.”

“ Hah, naik motor kau?”

“ Naik baslah makcik. Aduhaii….”

“Grrrr.”

“ Hahahaha.”


***
Esoknya


‘ aku tunggu di bustand.’

Begitulah pesanan yang diterima oleh Aiman. Aiman ketika itu, sedang sibuk memilih baju. Terasa hari itu dia cerewet mengalahkan perempuan.

Dengan hati berbunga-bunga, dia menapak ke bustand. Beg yang digalas, di betulkan supaya selesa. Sambil melangkah, dia menyanyi kecil. Hati riang.

Dari jauh, dia tidak Nampak kelibat Enn. Dia pelik. Sampainya di bustand, memang dia pasti, Enn tiada, melainkan seorang gadis yang dia tidak kenali membelakanginya. Telefon bimbit diseluk dari poket. Nombor Enn did ail. Seketika, dia terdengar bunyi ringtone milik Enn. Hatinya terdetik perasaan pelik.

Beberapa saat kemudian, Aiman terdengar suara Enn mengetertawakannya. Bila dia berpaling ke belakang, dia terpaku. Kelu.

Hai, Man.” Sapa Enn dengan segaris senyuman.

“ Eh, Enn…kau Nampak…lain….”

“ Memanglah lain. Hahaha.”

“ Alhamdulillah.” Hanya sepatah ucapan kesyukuran terlahir dari mulut Aiman. Terharu melihat Enn yang manis bertudung. Dan selendang yang dihadiahinya semalam melekap cantik di kepala Enn.

“ Ini hijrah aku sempena harijadi aku hari ini, Man.

“ Baguslah. Aku sokong kau. Hehe.”

“ Terima kasih untuk selendang kau ni. Aku buka tutorial di Youtube tau nak pakai ni.” Ujar Enn sambil ketawa. Aiman juga ikut ketawa.

Mata Aiman seakan terpaku memandang Enn dengan rupa yang baru. Hati yang selama ini memang berbunga-bunga bila bersama Enn, semakin lebat berbunga. Hatinya berdegup kencang.

“ Aku….” Belum sempat Enn menghabiskan kata-katanya, sebuah kereta berhenti mengejut di hadapan mereka. Pintu sebelah pemandu terbuka dan…

“ Wow, you ke ni Enn?” Terdengar satu suara garau menegur.

“ Eh, you Syahir. I ingat you saja tanya I kat mana tadi. Tak sangka you datang.”

“ Surprise dear. But, I rasa, I yang tersuprise harini. Hai Man, lama tak jumpa kan?”

“ Err…hai. Ha’ah. Aku sibuk sejak kebelakangan ni.” Aiman cuba beramah. Namun terdetik perasaan cemburu dihatinya. Tapi dia sedar siapa dirinya.

“ Jom, I hantar you ke kelas.” Ajak Syahir. Enn serba salah kerana dia sudah berjanji dengan Aiman. Dia memandang wajah Aiman.

Aiman seakan mengerti, hanya tersenyum dan mengangguk. Mukanya diceriakan seceria mungkin supaya tidak ketara rasa kecewa. Manakala Enn mengikut Syahir, teman lelakinya dengan perasaan bersalah pada Aiman. Namun dia tiada pilihan.

“ Huh….”

Aiman mengeluh setelah kereta yang membawa Enn hilang dari pandangan. Dia menapak meninggalkan bustand, tanpa menaiki bas yang tiba beberapa minit setelah Enn pergi. Dan, sebenarnya, dia tiada kelas untuk hari itu. rancangan untuk ke kelas bersama Enn itu hanyalah helah. Aiman pulang dengan hampa dan sebaris rangkap lagu dari lagu kegemarannya dan Enn, ‘Bila Bulan Berwarna Biru’ dinyanyi perlahan.

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi
Ku sepi….


‘Tak apa, masih ada peluang.’ Pujuk hati Aiman.