Thursday, 3 November 2011

Sepasang Gaun Merah, Hadiah Untuk Sayang

Cerita ini aku buat untuk ZSM beberapa bulan yang lepas untuk ZSM: Fiksyen Noir...seperti biasa, download link di atas untuk banyak lagi cerita noir dari penulis-penulis lain yang jauh lagi hebat dari aku...hehehe


Sepasang Gaun Merah, Hadiah Untuk Sayang
by: Lieyanna Esmeralda


Imbas kembali: 6 bulan sebelumnya.

Ray memandu mengikut alamat yang tertera di sekeping kertas di tangannya. Tidak biasa dengan keadaan Bandar ini menyebabkan Ray sering tersesat. Tersilap masuk jalan. Ahhh, New York memang memeningkan baginya yang selama ini membesar di Cape Town.

Kereta di parkir. Tempat yang dicari kini dijumpai.

Ray menolak pintu motel usang itu perlahan. Bau hamis beserta tengik menerobos rongga hidungnya. Kakinya melangkah masuk. Botol-botol beer bersepah sana sini. Kelihatan satu susuk tubuh yang tidak terurus terbaring di sebuah kerusi malas. Sangat comot. Jambang memenihi muka.

“ Mike.” Panggil Ray.

“ Mike, aku, Ray… abangmu.” Panggil Ray lagi. Dia pasti dihadapannya itu adalah Mike, adiknya.

Mike membuka matanya. Ada riak terkejut di wajahnya ketika itu.

“ Pergi!!! Pergi!! Aku bukan Mike. Pergi!!”

Ray tidak peduli. Di dekati adiknya lalu di goncang-goncang bahunya. Kononnya untuk menyedarkan Mike.


“ Mike, dengar sini. Aku, Ray abang kau. Aku tahu semuanya. Aku mahu kau tahu Mike, aku ada di sisi kau. Aku abang kau. Mike!!”

Mike hanya menangis dan menangis umpama orang kurang siuman. Ya, perempuan yang pernah dikahwininya membuatkan dia jadi begini. Mike memeluk abangnya.

“ Aku akan balas dendam Mike. Dia tak akan terlepas.” Ucap Ray. Api dendam menyala.

***


Sekarang

“ Baby, bangun sayang. Sudah pukul 11.00 pagi.” Kejut Ray.

Sophea masih lagi tidak terjaga dari tidur. Masakan tidak, balik menjelang subuh. Janji tinggal janji. Berjimba-jimba, minum, menghabiskan duit dan terkinja-kinja di club seolah-olah sukar untuk di buang dari dirinya.

“ Baby…” panggil Ray lagi. Bontot pejal Sophea ditepuk perlahan.

“ Hmmm…I mengantuklah Honey.” Rengek Sophea sambil menutup mukanya dengan bantal. Buruk perangai betul.

Ray bingkas bangun dari katil. Malas dipedulikan si isteri. Nak tidur, lantaklah. Bisik hati Ray. Pintu bilik air di kuak. Lankahnya terhenti. Dia menoleh pada Sophea yang nyenyak tidur. Satu senyuman sinis dilemparkan.

***

Gaun merah hati dibawa masuk. Ray memandang gaun cantik itu dengan senyuman kepuasan. Diperhatikan setiap inci gaun itu. belahan di bahagian dada akan menampakkan keseksian si pemakai. Ray membayangkan Sophea memakai gaun itu. Hari ini, genap sebulan usia perkahwinannya dengan Sophea. Dia mahu meraikan. Gaun merah seksi itu kemudian diletakkan di atas katil. Jam di tangan dipandang sekilas. Tidak lama lagi. Dia harus melakukan persiapan.

***

Ray menunggu penuh sabar. Biasanya saat ini, Sophea akan pulang. Di periksa meja hidangan. Dipastikan semuanya lengkap. Spagetti Bolognese yang di sediakan sendiri dan tidak lupa Wine 1947 Cheval Blanc. Ray tersenyum puas hati.

“ Honey??” Terdengar suara Sophea memanggil Ray. Sophea wajah Sophea penuh kehairanan.

“ Terkejut? Tapi sebelum itu, Baby masuk bilik dan tengok apa yang ada di atas katil. Dan you mesti keluar dengan memakainya. Pergi.” Arah Ray dengan senyuman yang menggoda. Sophea yang terkejut namun gembira segera melakukan seperti yang diminta Ray.

10 minit kemudian, Sophea keluar. Anggun dan seksi. Ray tersenyum senang. Sophea mendekati Ray lantas bibir suaminya itu di kucup. Lama mereka begitu. Alunan muzik sentimental melatari ruang makan.

“ I love you…ini sebagai meraikan usia perkahwinan kita yang genap sebulan, Baby.” Ucap Ray. Romantis.

“ I..I tak sangka you mahu raikan. I love you too Ray.”

“ Jom, makan. I sediakan khas untuk you. Dan you mesti tahu, ini kali pertama I masak. He he.” Ajak Ray. Tangan Sophea ditarik perlahan mendekati meja  hidangan. Kerusi ditarik khas untuk isterinya.
“ Nampak sedap. Thanks honey.” Puji Sophea.

“ Sama-sama. Untuk kita, I akan lakukan yang terbaik.” Ray bermanis kata. “ Makanlah.”

Mereka menikmati makan malam dengan suasana yang romantik. Sophea mengambil wine di hadapannya. Begitu juga Ray. Gelas dilagakan. Ray tersenyum penuh makna.

Wine di teguk perlahan oleh Sophea. Beberapa minit, dia terasa mengantuk dan sedikit pening. Dia cuba gagahkan mata. Diambil lagi gelas wine itu. di teguk lagi untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ray hanya memandang Sophea sambil tersenyum. Sophea terkulai tidak sedarkan diri.

***

Ray merenjis air ke muka Sophea. Kini Sophea bukan lagi di meja makan mahupun katil. Lebih istimewa dia sediakan untuk Sophea. Tergantung. Kedua tangan isteri ‘tersayangnya’ diikat pada tali yang tergantung khas di ruang tamu rumah. Ya, memang dia sediakan khas untuk si isteri. Sophea terjaga. Dia mengerang kesakitan. Terasa bahunya ingin tercabut. Kawasan sekitar pergelangan tangannya melecet teruk.

“ Honey, kenapa buat I macamni?”

“ Kenapa? kau benar-benar mahu tahu? Baik, dengar apa aku cakap Sophea. aku takkan ulang 2 kali. Dengar baik-baik.”

“ Kau masih ingat lagi pada suami lama kau, Mike?” Tanya Ray.

“ M…Mike? Kenapa?” Sophea terkejut.

“ Ya, Mike Brewer. Dia adik aku. Pelik? Aku Ray Miller, Mike menggunakan nama keluarga ibu kami. Terkejut sayang?” Tanya Ray sambil menyalakan lighter dan disuakan pada bahagian bawah gaun. Sophea menjerit kesakitan.

“ Dan mesti kau tertanya-tanya. Kenapa aku lakukan semua ini. Juga kenapa aku mengahwini kau betina. Sebab, kau dah hancurkan hidup adik aku. Aku mahu kau bayar balik penderitaan yang kau lakukan pada adik aku!!” Pekik Ray. Api semakin marak membakar gaun merah dan bahagian kaki Sophea. Sophea masih lagi terjerit-jerit kesakitan.

“ Sakit sayang?” Tanya Ray. Diambilnya sebaldi air. Lalu dicurahkan pada api di badan Sophea. Si isteri meronta kesakitan. Ray ketawa terbahak-bahak melihat kesan lecur yang teruk di kedua belah kaki hingga pangkal peha Sophea. Baju Sophea di rabak menggunakan pisau.

“ Ini, untuk setiap kecurangan yang kau lakukan pada adik aku.” Pisau Rambo dirodok pada bahagiaan bawah kewanitaan Sophea. Raungan Sophea kedengaran nyaring. Ray masih tidak puas hati.

“ Ini pula untuk setiap sen harta yang kau kikis daripada dia.” Ray menusuk mata pisau di bahagian dada Sophea. Di tarik perlahan-lahan hingga ke pusat. Sophea menggelupur kesakitan.
“ Ini untuk setiap kata-kata manis yang kau lemparkan untuk dia.” Bibir Sophea pula menjadi mangsa. Bibir munggil itu dihiris. Darah merah mengalir membasahi lantai.

“ Dan ini pula hadiah kerana meninggalkan adik aku dan menyebabkan adik aku sasau, menjadi gila.” Ucap Ray seraya merodok kedua pasang mata milik Sophea. Ray ketawa terbahak-bahak melihat Sophea menggelupur kesakitan. Suaranya tenggelam timbul.

“ Oh, aku lupa sayang. Ini untuk meraikan usia perkahwinan kita yang ke sebulan sayang.” Tambah Ray sambil menoreh muka Sophea. Hancur. Lalu untuk kali terakhir, pisau itu di tikam tepat pada jantung. Nyawa Sophea melayang. Ray ketawa puas. Di tarik pisau itu, lalu menikam-nikam tubuh kaku Sophea.

Ray mengeluarkan telefon bimbitnya. Gambar mayat Sophea diambil.  Dia menaip sesuatu. Dan di MMS pada adiknya Mike.

‘ Surprise!!’- Ray




 p/s: sebarang komen dan pandangan amat di perlukan...hehehe











Wednesday, 2 November 2011

Genap Seminggu

 27 Oktober 2011- 11 November 2011

Genap seminggu blog ini dibuka...

Thanks pada gadis-gadis manis dan abang-abang hensem yang sudi follow lieyannaesmeralda.blogspot.com






Sayang korang ketat-ketat..hehe


- rasa gedik nauu harini... :p

Tuesday, 1 November 2011

Anamilla, Si Pari Comel

Zine paling terbaru, edisi ZSM Pari-pari. Download full zine: ZSM Pari-Pari di ruangan koleksi ZineSatuMalam


Anamilla, sang pari-pari kecil sedang seronok berterbangan di antara mekar bunga-bunga di taman. Seperti selalu, dia mengingkari arahan Aroha, ayahandanya supaya tidak ke dunia manusia. Bahaya kononnya. Selama dia ke dunia manusia, tidak pernah lagi dia ditimpa bahaya. Dia suka bermain disini. Tiada gangguan.

Kamal memerhatikan makhluk bersayap itu di balik tingkap biliknya. Sudah beberapa kali dia perasan akan kehadiran makhluk itu. mulanya, dia menyangka itu adalah si rama-rama yang riang beterbangan di taman yang menghadap biliknya itu. Kamal tersenyum sendiri. Kali ini, dia ingin mendapatkan makhluk itu. walau apa cara sekalipun.

Anamilla, si pari-pari kecil tidak menyedari bahawa dia diperhatikan. Dengan riang, dia terbang. Singgah dari kuntum ke kuntum bunga yang sedang mekar. Menghirup madu yang manis dan wangi. Sesekali dia menari kegembiraan di kuntuman bunga matahari yang besar. Rama-rama dan kupu-kupu juga ikut menari bersamanya.

Dari dalam rumah, Kamal menyediakan beberapa kuntum bunga segar. Dibawanya keluar rumah. Berhati hati supaya makhluk kecil itu tidak terkejut lalu lari. Perlahan dia menapak menghampiri rimbunan bunga-bunga segar. Kamal melutut dengan tangannya memegang jambangan bunga. Menanti. Kehadirannya masih belum disedari Anamilla.

Anamilla yang leka bermain dengan bunga-buangaan, tiba di jambangan bunga yang di pegang Kamal. Dia masih menari riang. Kamal tersenyum sambil memandang keayuan wajah Anamilla.

“ Hello si kecil yang cantik.” Sapa Kamal. Berhati-hati.

Anamilla yang leka dengan bunga-buangaan tersentak. Lantas kepalanya di dongakkan. Manusia!! Anamilla terkejut lalu terjatuh di atas tanah. Dia cuba untuk lari. Namun di tahan Kamal.

“ Tunggu. Saya bukan ingin apa-apakan kamu.”

“ Manusia jahat. Saya tidak percaya pada kamu.”

“ Kalau begitu, kenapa kamu ke sini?”

Anamilla terdiam. Dia begitu takut. Manusia di depannya berpuluh kali lebih besar daripadanya.

“ Saya hanya ingin berkawan dengan kamu. Sudah beberapa kali saya melihat kamu bermain di taman ini. Jangan risau saya tidak berniat jahat.” Terang Kamal.

“ Be..betul kamu tak akan apa-apakan saya?” Anamilla mula yakin bahawa Kamal tidak akan mengapa-apakan dia.

“ Ya, saya ikhlas. Nama saya Kamal, apa nama kamu? Dan dari mana kamu datang?”
“ Saya Anamilla. Dari dunia pari-pari yang bernama Skirodes. Saya anak kepada pemerintah Skirodes yang bernama Aroha.” Jawab Anamilla.

“ Anamilla…sedap nama itu. Jadi kamu adalah pari-pari? Wow!! Selama ini saya sangka pari-pari hanyalah dongeng.”

“ Dongeng pada mereka yang tidak tahu kewujudan kami. Lagipun, memang kami menghindarkan diri dari di ketahui oleh manusia.”

“ Kenapa?”

“ Sejak dulu, kami selalu di beritahu bahawa manusia itu jahat dan akan menyebabkan bangsa kami dalam bahaya jika mereka tahu kewujudan kami.”

“ Tidak semua manusia itu jahat, wahai Anamilla.”

“ Saya tidak tahu.”

“ Tidak mengapa. Mari, ikut saya ke dalam rumah sana. Kita mengenali lebih lanjut mengenai diri masing-masing. Tambahan pula, saya ada madu yang lebih istimewa. Mesti kamu mahu cuba bukan?”

“ Err…madu istimewa?” Anamilla teruja.

“ Ya, mari.” Ajak Kamal. Dia merendahkan tapak tangannya dan mengisyaratkan Anamilla supaya naik ke atasnya. Kamal membawa Anamilla yang duduk di atas tapak tangannya masuk ke dalam rumah.

Anamilla terpegun melihat keadaan dalam rumah Kamal. Segala perabut yang ada adalah asing baginya. Anamilla ditempatkan di atas meja makan milik Kamal.

“ Kamu tahu, Anamilla, saya tinggal di sini keseorangan. Tanpa ayah dan ibu. Hidup sya sunyi.” Luah Kamal tanpa dipinta. Sambil itu, dia meletakkan sesudu madu lebah di dalam sebuah piring untuk Anamilla.

“ Mereka semua di mana?” Tanya Anamilla. Dia teruja dengan bau madu lebah yang diberikan Kamal.

“ Mereka sudah meninggal.”

“ Meninggal?”

“ Mati.”

“ Oh…err…ini madu apa?”

“ Madu lebah. Sedap?”

“ Sedap.” Anamilla tersenyum comel. Habis sepiring madu di makannya. Perutnya terasa amat kenyang.

“ Kamal, saya harus pulang.”

“ Pulang? Kenapa? Tinggallah di sini dulu.”

“ Tidak boleh. Saya khuatir ayahanda saya akan sedar akan ketiadaan saya di Skirodes. Saya harus pulang segera.”

“ Jangan!! Temanilah saya di sini. Saya perlukan teman.”

“ Saya akan temani kamu di lain waktu. Sekarang saya harus pulang dulu. Saya janji akan kembali.”

“ Kamu janji Anamilla?

“ Ya.”

“ Baiklah. Esok, saya akan menunggu kamu di taman.”

Anamilla tersenyum. Lantas dia terbang mendekati Kamal, lantas pipi lelaki itu di cium. Kamal kaget. Namun dalam hatinya terbit rasa bahagia. Anamilla terbang lalu, hilang dari pandangan.

***
Keesokan harinya

Kamal menunggu Anamilla di taman seperti yang dijanjikan. Dan, tidak lama kemudian Anamilla tiba. Kamal tersenyum senang.

“ Hai, Anamilla. Saya tahu kamu akan menepati janji.”

“ Sudah saya katakan, saya akan datang. Membawa lebih kegembiraan pada kamu. Dan saya akan menghapuskan kesunyian kamu itu.”

Kamal ketawa. Anamilla tersenyum.

“ Betapa gembiranya saya mendengarnya, Anamilla.”

“ Kerana itu, saya datang membawa kawan-kawan saya.”

Kamal medongak ke langit. Terkejut apabila melihat jumlah pari-pari yang amat ramai. Beribu!! Anamilla yang perasan riak cuak di wajah Kamal lantas berkata.
“ Memandangkan kamu sudah mengetahui akan kewujudan saya dan kaum saya, maka kamu harus dihapuskan.”

“ Apa?!! Kenapa Anamilla? Saya tidak menyakiti kamu!!” Kamal terkejut.

“ Ya, saya tahu. Malangnya setiap manusia yang pernah mellihat kami akan dihapuskan.”

“Tidak!!!”

Serentak dengan itu, ribuan pari-pari menyerbu ke arah Kamal. Taring yang selama ini di sembunyikan, terbenam di setiap inci tubuh Kamal. Kering darah di hisap. Tubuh kaku Kamal rebah ke bumi.

****
sebelum itu

“ Ada mangsa terbaru yang sudah aku perangkap. Esok, ada makanan untuk kamu semua. Bosan bukan asyik menikmati madu?” Kata Anamilla kepada kaumnya.

Aroha, pemerintah Skirodes hanya tersenyum bangga. Bangga dengan Anamilla, pewaris tahta Skirodes. Negara pari-pari penghisap darah!!!












.